Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tés.to.sté.ron] | تيستوستيرون

Definisi : (téstostéron) (Bio) hormon steroid lelaki, yg dihasilkan oleh testis atau dibuat secara sintetik, yg mengaruh dan memelihara ciri-ciri seks sekunder lelaki (spt pertumbuhan misai). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tés.to.sté.ron] | تيستوستيرون

Definisi : /téstosteron/ ist hormon yg dihasilkan oleh testis, yg memelihara perkembangan ciri-ciri seks sekunder lelaki, spt pertumbuhan misai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata testosteron


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
testosterontestosteronPenternakanGenetik dan PembiakbakaanHormon seks jantan yang utama dan merupakan steroid anabolik. Testosteron berperanan dalam perkembangan tisu organ pembiakan seperti testis dan kelenjar prostat serta mewujudkan ciri seks sekunder pada jantan seperti peningkatan jisim tulang dan otot.
testosteronetestosteronKejururawatanTiadaHormon jantina utama yang merangsang penghasilan sperma dan perkembangan organ jantina lelaki dan tingkah lakunya.
masculinitykelelakianKriminologiKeadilan JenayahSifat, tingkah laku, ciri-ciri dan peranan yang dikaitkan dengan lelaki. Tahap hormon testosteron yang tinggi pada lelaki berkait rapat dengan tingkah laku agresif mereka.
male hormonehormon jantanPenternakanGenetik dan PembiakbakaanHormon seks yang dihasilkan oleh haiwan jantan di testis. Hormon seks ini dikenali sebagai testosteron. Hormon jantan ini berperanan menggalakkan perkembangan ciri seksual jantan serta merangsang aktiviti sekunder jantan seperti pembentukan otot, pertumbuhan tanduk atau pembentukan kelenjar bau.

Kembali ke atas