S-curve | lengkung-S | Sains | Hidrometeorologi | Hidrograf, bagi suatu lembangan sungai tertentu, yang dihasilkan daripada larian yang berterusan pada kadar tetap 1.00 inci per selang tempoh tertentu. Lengkung ini mempunyai bentuk-S, atau ogif, tungkai membumbung dan akhirnya mewakili kadar aliran malar cukup untuk meluahkan larian dengan kadar tertentu. Lengkung-S biasanya dibentuk daipada hidrograf unit tunggal dengan proses mudah alihan masa berturutan diikuti dengan mencampurkan semua ordinat (nilai luahan). Secara teori, hidrograf unit ribut bagi sebarang jangka masa boleh didapati daripada lengkung hasilan; dan inilah kegunaannya yang utama. |
carbon ratio | nisbah karbon | Geologi | Tiada | 1. Peratus karbon tetap di dalam batu arang.,2. Nisbah karbon tetap terhadap karbon tetap serta hidrokarbon mudah meruap di dalam batu arang. |
wire wound | belitan dawai | Teknik | Elektrik | 1. Perintang tetap atau berubah yang terdiri daripada dawai yang dibelitkan pada teras seramik. Dawai yang biasa digunakan ialah dawai nikrom. 2. Nama sejenis pemutar motor atau penjana. |
rotation | putaran | Fizik | Mekanik | 1. Gerakan jasad tegar yang salah satu titiknya tetap atau semua titik pada garis lurus sentiasa tetap. gerakan putaran 2 Sesaran sudut pada jasad tegar. 3 Gerakan zarah mengelilingi suatu titik tetap. |
isometric | isometrik | Farmasi | Tiada | 1. Proses yang berlaku pada tekanan tetap. 2. Ukuran farmakologi yang menggunakan tisu otot berukuran tetap pada panjang yang malar. |
allowances | elaun | Ekonomi | Tiada | 1.Tambahan kepada pendapatan tetap seperti elaun keraian, elaun rumah, dan elaun perkhidmatan awam. 2. Peruntukan untuk tujuan sebahagian daripada pendapatan yang dikecualikan daripada cukai. Peruntukan ini diberikan untuk diri, berasaskan pengecualian isteri, anak, dan tanggungan. |
louvre | ram; anak tingkap | Kejuruteraan | Tiada | 1. Ram: Bukaan, sama ada tetap atau boleh laras, pada dinding atau siling dengan slat condong untuk memungkinkan cahaya dan udara masuk tetapi menahan masuknya air hujan.,2. Sebarang susunan bukaan-bukaan yang menyerupai slat, sama ada tetap atau boleh laras, untuk tujuan pengudaraan.,3. Susunan slat-slat sepusat atau selari atau anggota jerejak yang setara, yang digunakan untuk menyembunyikan dan melindungi sebuah pembesar suara sambil memungkinkan gelombang bunyi telus. |
drift | hanyutan | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | 1. Kesan halaju bendalir terhadap halaju objek yang bergerak di dalam bendalir tersebut, relatif terhadap titik luar yang tetap; iaitu perbezaan vektor antara halaju objek relatif terhadap bendalir dengan halaju objek yang sama relatif terhadap rujukan tetap. Dalam penerbangan, hanyutan lazimnya dinyatakan sebagai kaitan perbezaan sudut antara arah dan haluan, dan hanya dapat dihasilkan dengan angin silang. Apabila halaju angin selari dengan hala pesawat udara (angin sakal atau angin buritan) hanyutan ini dianggap sifar. 2. Kelajuan arus lautan yang biasa dinyatakan dalam km per hari atau knot. |
Newton's universal law of motion | hukum gerakan sejagat Newton | Matematik | Tiada | Hukum tentang gerakan yang menegaskan bahawa: 1. setiap jasad akan tetap berada dalam keadaan rehat atau gerakan sekata dalam satu garis lurus melainkan jika ada daya yang bertindak terhadapnya; 2. apabila daya bertindak terhadap suatu jasad pecutannya berkadar langsung dengan daya tersebut tetapi berkadar songsang dengan jisim jasadnya; 3. dan pemecutan itu berlaku mengikut arah daya itu bertindak dan setiap tindakan sentiasa mempunyai tindak balas yang sama tetapi bertentangan yang dirumus oleh Isaac Newton pada tahun 1687. |
regular broadcat | siaran tetap | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Siaran yang dijadualkan secara bersela lazimnya setiap jam pada jam (misalnya, jam 1.00, 2.00, 3.00, dan seterusnya) atau setiap setengah jam (misalnya, jam 1.30, 2.00, 2.30, 3.00, 3.30, dan seterusnya). |