lyric song | nyanyian lirik | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang dihasilkan bertujuan untuk dinyanyikan. Dalam konteks ini isi dan pemikiran yang terkandung di dalamnya sarat dengan perasaan penciptanya. Hal ini akan dapat dikesan dengan jelas apabila sesebuah puisi (nyanyian lirik) didendangkan. Contohnya, pada lirik pertama lagu P. Ramlee yang berjudul "Di Mana Kan Ku Cari ganti" seperti di bawah. Hendakku nangis Tiada berair mata Hendakku senyum Tiada siapa nak teman Kalaulah nasib Sudah tersurat Begini hebat Apa nak buat. |
conjunctivitis | konjunktivitis | Kejururawatan | Tiada | Inflamasi konjunktiva mata yang dicirikan oleh kemerahan pada mata, kegatalan, berair, dan fotofobia. |
hydrophobic filter | penuras hidrofobik | Sains Kesihatan | Tiada | Penuras yang tidak dibasahi bahan berair. |
asthenopia | astenopia | Sains Kesihatan | Tiada | Merujuk kepada sebarang keluhan berkaitan dengan kerengsaan mata. Contohnya mata berair, mata merah, mata penat, mata rasa berpasir dan sebagainya. |
fringing reef | terumbu pinggir | Sains Marin | Tiada | Terumbu yang tumbuh di pesisir pantai berair cetek dan bersuhu suam. Terumbu pinggir juga agak muda berbanding dengan atol. Terumbu pinggir memerlukan banyak sumber cahaya matahari, dasar lautan yang sesuai, sumber nutrien yang rendah dan memerlukan air laut jernih untuk tumbesaran yang lebih baik. Terumbu jenis ini banyak dijumpai di kawasan Laut Caribean dan Laut Merah. |
bleeding | perdarahan; turun warna (PEM.MAN), pendarahan | Biologi | Tiada | 4. Pengeksudatan sap berair dari vesel di permukaan yang terpotong, disebabkan tekanan akar. |
liquid-liquid extraction | pengekstrakan cecair-cecair | Herba | Tiada | Proses pemisahan komponen kimia terlarut daripada cecair akues dengan menggunakan pelarut organik yang tak terlarutcampurkan atau sebaliknya. Contohnya, morfina dalam eter diekstrak dengan menggunakan air yang diasidkan dengan asid hidroklorik dan menghasilkan morfina hidroklorida yang lebih larut dalam fasa berair. |