Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : C 1. sekali makan atau minum (bkn ubat); 2. = wang ~ wang yg dibayar kpd tuan punya rumah supaya boleh menyewa rumah­nya, wang kunci, duit kopi; meniapkan menyewakan rumah dgn me-minta wang kunci. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tiap
Kata Terbitan : setiap, tiap-tiap,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
constitutional amendmentpindaan perlembagaanPentadbiranPentadbiran Awam

Satu proses untuk mengubah dan menyesuaikan undang-undang tertinggi bagi sesebuah negara berdasarkan keadaan dan perkembangan semasa. Perlembagaan biasanya dipinda dengan tujuan untuk menambah atau memansuhkan sesuatu peruntukan yang dianggap tidak sesuai dengan keadaan semasa dan keperluan rakyat. Pindaan Perlembagaan hanya boleh dibuat di Parlimen bagi peringkat persekutuan dan di Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi peringkat negeri. Dalam konteks Malaysia, berdasarkan Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan boleh dipinda melalui empat cara iaitu, (i) Dengan kelebihan suara dua pertiga dalam tiap-tiap satu sidang Parlimen dan persetujuan Majlis Raja-Raja, (ii) Dengan kelebihan suara dua pertiga dalam tiap-tiap satu sidang Parlimen dan persetujuan Yang Dipertua Negeri Sabah dan Sarawak, (iii) Dengan kelebihan suara dua pertiga dalam tiap-tiap satu sidang Parlimen dan (iv) Dengan kelebihan suara biasa dalam tiap-tiap satu sidang Parlimen.

operation security (OPSEC)keselamatan pengendalian (OPSEC)Teknologi MaklumatKeselamatan KomputerPerihal mengenal pasti maklumat kritikal yang bernilai pada pihak lawan seperti pengguna hasad. Maklumat tersebut boleh menggugat aktiviti biasa atau integriti data. Tiap langkah utama yang digunakan ialah: i. mengenal pasti data, maklumat, perbuatan, tindakan, dan aktiviti yang boleh diperhatikan secara bebas oleh pengguna hasad. ii. Menentukan petanda atau pembayang yang mungkin diperoleh pengguna hasad untuk menerbit atau meneka sesuatu maklumat kritikal dengan betul dalam suatu tempoh yang berguna kepadanya. iii. Mengambil tindakan untuk menghapus atau mengurangkan kewujudan petanda berkenaan ke suatu paras yang petanda tersebut tidak akan menjadi berguna kepada pengguna hasad berkenaan.

Kembali ke atas