Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.ba] | تيبا

Definisi : 1. sampai (di), datang: apabila kereta api ~ di stesen itu ramai penumpang yg turun; mereka sedia menerima sebarang bahaya yg akan ~; 2. sudah sampai (waktu dll), sudah mulai: setelah ~lah masanya; kalau ~ musim lada itu bukan buatan ramainya orang berjual beli; setiba sebaik-baik tiba, sesampai, seketika selepas tiba: ~nya di Pulau Pinang beliau telah melakukan upacara pembukaan bangun­an UMNO; ketibaan perihal tiba (sampai), kesampaian, kedatangan: ~ Nabi di Madinah disambut dgn sangat meriahnya. tiba-tiba dgn tidak disangka-sangka, dgn men-dadak, sekonyong-konyong: sebuah kereta berhenti dgn ~ di hadapan mereka; hujan turun dgn ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.ba] | تيبا

Definisi : 1 sampai di sesuatu tempat: Rombongan itu ~ di Bandung pd pukul tiga petang. 2 sudah sampai musimnya, waktunya dll: Musim kemarau sudah ~. ketibaan hal sampai atau hal tiba di: ~ baginda disambut dgn penuh istiadat. setiba sebaik-baik tiba di; seketika selepas tiba; sesampai: ~nya di hotel, dia pun menelefon abangnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ti.ba] | تيبا

Definisi : ; tiba-tiba dgn tidak disangka-sangka; sekonyong-konyong: Ia melo­long dgn ~ spt orang ketakutan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tiba (kata kerja)
Bersinonim dengan sampai, datang, mari, muncul, timbul, terpacul, terjengul;,
Kata Terbitan : setibanya, ketibaan,

Puisi
 

Orang pulang ke negeri China,
     Tiba di luar air ditimba;
Dagang di rantau terbaring merana,
     Menunggu maut menjemput tiba.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Malang tak berbau.

Bermaksud :

Kecelakaan yang terjadi dengan tiba-tiba.

 

Lihat selanjutnya...(28)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
anticlimaxantiklimaksKesusasteraanTiadaPerubahan secara tiba-tiba yang berlaku di akhir sesuatu tulisan (naratif atau deskriptif) atau percakapan, daripada idea yang lebih penting atau serius kepada sesuatu yang biasa, remeh-temeh atau melucukan. Istilah ini biasanya dihubungkan dengan kesan yang dialami oleh pembaca pada ketika sesuatu kejadian atau kisah itu diharapkannya akan menjadi suatu peristiwa yang lebih menarik, lebih hebat, lebih serius atau seumpamanya, tetapi pada akhirnya yang berlaku adalah sebaliknya. Antiklimaks mungkin mendatangkan kekuatan atau kelemahan kepada sesuatu kisah, bergantung pada sama ada ia dilakukan dengan sengaja atau tidak. Unsur ini mungkin dilakukan secara mendadak atau dengan menyusun cerita secara perlahan-lahan dan mengubahnya daripada penumpuan dan jangkaan sebenar pembaca.
hot flushhangat memerahKejururawatanTiadaRasa hangat secara tiba-tiba yang dirasai pada bahagian atas tubuh akibat pengembangan salur darah. Keadaan ini biasanya dialami oleh wanita pada peringkat pramenopaus.
epidemicepidemikKejururawatanTiadaPenyakit berjangkit yang menular secara tiba-tiba dan merebak dengan cepat kepada orang ramai.
outbreakwabakPerubatanTiadaPermulaan sesuatu yang tidak dialu-alukan secara tiba-tiba, seperti penyakit.
confusionkekeliruanPerubatanPsikiatriKeadaan yang dicirikan oleh kecelaruan fikiran secara tiba-tiba sehingga menyebabkan pesakit tidak dapat mengingati tempat, masa dan tidak mengenali orang lain.
jump scaretakut kejutPerfilemanTiadaKemunculan imej yang mengejutkan secara tiba-tiba dalam filem seram atau video, dan lazimnya diiringi oleh kesan bunyi yang kuat bertujuan untuk menakutkan penonton.
tangentialitytangentialitiPerubatanPsikiatriGangguan pemikiran apabila seseorang yang sedang berbual-bual tiba-tiba bertukar ke topik yang lain dan tidak kembali ke topik yang asal. Keadaan ini sama seperti yang dialami oleh pesakit skizofrenia, penyakit dwikutub dan sindrom otak organik.
impulseimpulsKejururawatanTiadaAktiviti mekanikal elektrik atau tindakan yang berlaku secara tiba-tiba dalam tempoh yang singkat.
cataplexykatapleksiPerubatanPsikiatriKeadaan yang dicirikan dengan kelemahan otot dan tonus secara tiba-tiba, yang biasanya dicetuskan oleh rangsangan emosi, seperti marah, takut dan terperanjat.
avulsionavulsi; pembobolanGeografiTiadaKehilangan atau pencabutan keluar bahagian sesuatu struktur secara tiba-tiba, dengan kekerasan dan bertrauma.
12345

Kembali ke atas