absurd | absurd | Kesusasteraan | Tiada | Aliran pemikiran yang menegaskan bahawa kehidupan manusia tidak bermakna, tidak rasional, tidak berguna dan tidak logik. Pemikiran ini terserlah dalam karya sastera, teater, dan seni tampak yang diekspresikan dalam bentuk ekspresionisme, surealisme, dan absurdisme. Konsep absurd boleh disusurgalurkan dengan falsafah eksistensialisme yang dipelopori pemikir seperti Soren Kierkegaard dari Jerman, serta albert Camus dan Jean-Paul Sartre dari Perancis yang memberikan penekanan kepada kewujudan hidup. Contohnya, drama absurd memaparkan watak yang bergelut untuk mencari tatanan (aturan) dan tujuan hidup dalam situasi yang tidak rasional dan tidak dapat difahami. Ceritanya tidak ada kesinambungan, watak-wataknya bergerak tanpa motivasi, dan bahasanya tidak tersusun. Contoh karya absurd dalam kesusasteraan Barat ialah Ulysses oleh James Joyce, Metamorphosis dan The Castle oleh Franz Kafka. Drama absurd yang terkenal ialah Waiting for Godot oleh Samuel Beckett. Contoh dalam kesusasteraan Mel ayu ialah novel Sampah oleh Shahnon Ahmad, novel Kering oleh Iwan Simatupang, dan drama Bukan Bunuh Diri oleh Disman. Absurd berasal daripada perkataan Latin absurdum yang bermaksud �sesuatu yang bertentangan� atau �tidak harmoni�. |
theatre of the absurd | teater absurd | Kesusasteraan | Tiada | Teater yang mengungkapkan pemikiran absurdisme. Pemikiran ini menegaskan bahawa manusia tidak bermakna, tidak rasional, tidak berguna, dan tidak logik. Istilah ini dipopularkan oleh Martin Esslin dalam bukunya yang berjudul Theatre of the Absurd. Pada asalnya, istilah ini terkandung dalam karya Albert Camus berjudul the Myth of Sisyphus (1943). Drama yang terkenal dengan gaya absurd ialah Waiting of Godot oleh Samuel Beckett, drama Henry IV dan Six Characters in Search of an Author oleh Luigi Pirandello, drama Invitation to the Chateau, Waltz of the Toreadours dan the Lark�, semuanya oleh Jean Anouilh. Jean Paul Sartre pula menyumbangkan karya absurd yang berjudul The Flies, No Exit dan The Condemned of Altona, sementara Albert Camus menulis karya berjudul Caligula dan State of Seige. Antara drama Malaysia yang cenderung kepada bentuk absurd ialah drama Dinsman Jangan Bunuh Diri dan Anna, serta drama Patung-patung oleh Hatta Azad Khan. Dalam sastera Arab, teater absurd terdapat dalam Masrahiyat al-Farafir oleh Yusuf Idris. Lihat juga absurd. |
marginalization | keterpinggiran | Sains Politik | Politik Perbandingan | Proses menjadikan seseorang, organisasi atau sesuatu kelompok itu semakin tidak penting, tidak diperhatikan atau dipedulikan. Melalui proses ini, kedudukan seseorang dalam masyarakat mula tidak signifikan dan tidak mempunyai sebarang kuasa atau pengaruh. Pandangannya tidak diberi perhatian dan segala tuntutan atau kepentingannya mula diabaikan. Keterpinggiran ini lazimnya berlaku apabila individu atau kelompok itu sudah begitu lama bergerak dan tidak penting atau kerana sesuatu kesilapan yang pernah dilakukannya. la juga boleh dilakukan secara sengaja oleh pihak yang berkuasa untuk melemahkan kedudukan dan pengaruhnya. Contohnya, keterpinggiran yang dialami oleh pemimpin parti yang menghadapi dakwaan mahkamah. Pemimpin ini tidak lagi diberi perhatian oleh ahli dan pemimpin parti. Sinonim pemarginalan. |
the silent majority | majoriti senyap | Sains Politik | Politik Perbandingan | Golongan terbesar dalam sebuah masyarakat atau dewan perhimpunan tetapi tidak melahirkan pendapat, tidak mengundi atau tidak dapat mempengaruhi sesuatu keputusan. Golongan ini tidak menggunakan kelebihan komposisi majoritinya sebaliknya lebih suka berdiam diri. Majoriti senyap merupakan golongan yang tidak suka menonjolkan diri. Contohnya, penduduk wanita dalam sesebuah negeri sering dianggap sebagai golongan majoriti senyap. |
nonadmitted reinsurance | reinsurans tidak dibenarkan | insurans | Tiada | Reinsurans yang tidak menyatakan kredit dalam penyata tahunan syarikat mengesid kerana reinsurer tidak dilesenkan atau tidak dibenarkan berurus niaga sesuatu lini perniagaan dalam kawasan yang tetap. |
excess burden | beban berlebihan | Ekonomi | Tiada | Tambahan beban cukai yang ditanggung oleh unit-unit ekonomi akibat daripada pelaksanaan cukai yang tidak optimum atau tidak cekap. Cukai yang tidak cekap ini ialah cukai yang mengherotkan harga relatif. Ini bererti cukai tersebut menimbulkan kesan penggantian dan kesan pendapatan, manakala cukai optimum hanya menimbulkan kesan pendapatan sahaja kerana cukai optimum tidak mengherotkan harga relatif. |
absent voter | pengundi tak hadir | Sains Politik | Politik Perbandingan | Individu yang mendaftar sebagai pemilih tetapi tidak menghadirkan diri di tempat pembuangan undi. Keadaan ini juga disebut sebagai pengundi yang tidak kisah politik atau tidak suka politik. Fenomena pengundi tidak hadir ini wujud dalam konteks sistem demokrasi seperti Amerika Syarikat, Great Britain, Perancis dan Kanada. Contohnya, setiap kali pilihan raya Presiden Amerika Syarikat diadakan, jumlah pengundi tidak hadir sekitar 43 peratus semenjak 1966. Hal ini berbeza dengan fenomena yang diamalkan di negara sedang membangun yang jumlah pengundi tidak hadir adalah rendah. |
xenophobia | xenofobia | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sikap tidak suka, benci atau takut kepada kaum lain selain kaumnya sendiri. Sikap ini menganggap individu dari kaum lain sebagai sangat asing, tidak sebaik kaumnya, tidak harus dihormati malah dibenci. Sikap ini membawa kepada hubungan yang tidak baik antara kelompok. Sifat ini juga mendorong kepada amalan tidak bertoleransi, diskriminasi, eksploitasi dan segregasi. Sikap ini menggambarkan fikiran yang tertutup dan jumud. Contohnya, pandangan orang Jerman terhadap orang Yahudi awal abad ke-20 dan orang kulit putih terhadap orang kulit hitam di Afrika pada era Aparteid. |
bounced cheque | cek lambung | Ekonomi | Tiada | Cek yang tidak laku atau tidak boleh ditukar dengan wang tunai oleh bank kerana wang simpanan pemilik cek tersebut dalam akaun bank tidak mencukupi. Sinonim cek tak layan. |
eating disorder | gangguan makan | Makanan dan Pemakanan | Pemakanan | Tabiat makan yang tidak normal dan tidak sihat. Contohnya, pemakanan yang tidak terkawal, puasa berpanjangan, makan terlalu banyak dan penyingkiran makanan dengan cara yang salah seperti muntah atau penyalahgunaan julap, diuretik atau enema. |