Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Peribahasa

Beranak kandung,
     beranak tiri: ada bersudu daun labu,
ada bersudu daun lalang.

Bermaksud :

Sikap yang tidak adil.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
redliningpenggarisan merahPentadbiran PerniagaanTiadaPerbezaan bayaran yang tidak adil ke atas risiko hanya disebabkan oleh lokasinya.
assessment biasbias pentaksiranPendidikanTiadaKualiti pentaksiran yang tidak adil terhadap sekumpulan pelajar disebabkan perbezaan jantina, etnik, status sosioekonomi, dan agama.
unfair dismissalpembuangan tak adilPentadbiranTiadaPemberhentian pekerja yang dianggap tidak adil.
assessment biasbias pentaksiranPendidikanTiada

 Kualiti pentaksiran yang tidak adil terhadap sekumpulan pelajar disebabkan perbezaan jantina, etnik, status sosioekonomi, dan agama.

intergroup conflictkonflik antara kelompokPsikologiPsikologi UmumKonflik yang wujud antara kelompok apabila satu kelompok menanam perasaan benci dan prejudis terhadap kelompok lain. Antara kepercayaan negatif yang boleh mewujudkan kebencian terhadap kelompok lain ialah superioriti, ketidakadilan, kerapuhan hubungan dan saling tidak mempercayai. Contohnya, jika individu dalam satu-satu kelompok terasa dieksploitasi secara tidak adil, ditindas, dihina atau diancam akan berkemungkinan menyebabkan konflik yang membawa kepada permusuhan.
just in war (jus in bello)keadilan dalam perangSains PolitikHubungan AntarabangsaKonsep yang berkaitan dengan penentuan tatacara peperangan yang dianggap adil. Tatacara atau senjata yang digunakan dalam peperangan sepatutnya mengakibatkan tahap kemusnahan dan kesengsaraan yang sama antara pihak yang menyerang dengan pihak yang diserang. Oleh itu, walaupun sesebuah negara melancarkan serangan balas atas dasar membela diri, tetapi negara tersebut masih lagi dianggap menggunakan tatacara serangan yang tidak adil sekiranya serangan tersebut mengakibatkan kemusnahan dan kesengsaraan yang lebih teruk berbanding kerosakan yang dialaminya akibat serangan musuhnya. Contohnya, konflik yang berterusan antara rejim Israel dengan Palestin. Dalam serangan balas Israel terhadap rakyat Palestin, kemusnahan lebih dahsyat berbanding kemusnahan yang berlaku kepada pihak Israel.
competition policydasar persainganUndang-undangUndang-undang AntarabangsaDasar yang mengawal kegiatan ekonomi yang memudaratkan persaingan dalam pasaran. Dasar persaingan bertujuan untuk mencegah pengusaha atau peniaga daripada menyalahgunakan kuasa pasaran dan mengamalkan aktiviti yang disifatkan sebagai antipersaingan. Matlamat utama dasar ini adalah untuk meningkatkan persaingan dalam kalangan peniaga yang seterusnya akan mewujudkan pengusaha yang dinamik, menggalakkan perniagaan dan meningkatkan inovasi bagi membangunkan produk baharu yang lebih berkualiti dengan kecekapan kos. Pada umumnya, dasar persaingan di kebanyakan negara meliputi perjanjian antipersaingan, penyalahgunaan kedudukan dominan dan peraturan antipersaingan melalui penggabungan dan pengambilalihan. Contoh perjanjian antipersaingan ialah aktiviti penetapan harga, perjanjian pembahagian pasaran, membatas atau mengawal pengeluaran. Contoh penyalahgunaan kuasa dominan pasaran oleh sesuatu perusahaan ialah menetapkan harga belian atau jualan yang tidak adil atau penjualan barangan atau perkhidmat
fair conductperlakuan saksamaEkonomiTiadaAmalan perniagaan yang dianggap adil dan tidak berdiskriminasi.
unfair playperlawanan tak adilSukanTiadaPerlawanan yang tidak menitikberatkan semangat kesukanan serta tidak mengikut undang-undang.
just world hypothesishipotesis dunia adilPsikologiPsikologi UmumHipotesis tentang tingkah laku atribusi manusia yang suka mengaitkan tingkah laku dengan suatu situasi atau disposisi. Menurut hipotesis ini, individu percaya bahawa dunia ini adil dan keadilan itu tetap wujud. Manusia yang baik akan dibalas dengan ganjaran atau kebaikan manakala yang jahat pula akan menerima hukuman yang setimpal. Contohnya, jika individu secara tidak sengaja ditembak oleh polis, perasaan marah akan reda apabila masyarakat memikirkan bahawa individu yang mati tertembak itu tidak sepatutnya berada ditempat kejadian.
123

Kembali ke atas