Cosmetic Advertising Code | Kod Pengiklanan Kosmetik | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Panduan kepada pihak industri kosmetik dalam membangunkan mesej pengiklanan dengan cara beretika. Kod pengiklanan kosmetik bertujuan untuk memastikan pemasaran dan pengiklanan kosmetik berasaskan herba adalah dengan cara yang menggalakkan penggunaan kosmetik yang berkualiti, bertanggungjawab secara sosial dan tidak mengelirukan atau menipu pengguna. Menurut kod tersebut, iklan mestilah mengandungi maklumat yang boleh dipercayai, tepat, jujur, informatif, seimbang dan terkini. Iklan tersebut mestilah berupaya untuk memberi pengesahan terhadap tuntutannya dan beradab. Iklan tidak boleh mengandungi kenyataan yang mengelirukan atau tidak dapat disahkan tuntutannya atau maklumat yang disembunyikan bagi mendorong penggunaan tidak munasabah atau menimbulkan risiko yang tidak wajar. Pengiklan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap iklan yang diterbitkan. |