blemish | cacat rupa | Perhutanan | Tiada | Cacat yang mengubah rupa kayu tetapi tidak mengurangi mutunya. Misalnya, bintik-bintik biru pada papan gergaji. |
ricket | riket | Biologi | Tiada | Penyakit pada manusia atau haiwan muda, dengan tulang tidak menjadi keras serta cacat akibat kekurangan vitamin D. |
auditory filter | penuras auditori | Sains Kesihatan | Tiada | Sistem auditori yang bertindak seperti penuras yang berupaya membahagi-bahagikan komponen frekuensi bunyi yang kompleks yang diberi secara serentak. Individu yang cacat pendengaran tidak mempunyai keupayaan ini dan kerana itu mereka sukar mendengar walaupun menggunakan alat bantu pendengaran. |
ricket | riket | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Penyakit pada manusia atau haiwan muda, dengan tulang tidak menjadi keras serta cacat akibat kekurangan vitamin D. |
grinning | cacat grin | Kesenian | Hiasan Dalaman | Bahagian belakang permaidani yang kelihatan pada permukaan hadapan, kesan daripada pail yang tertanggal. Keadaan ini berlaku disebabkan kesan daripada pail yang rendah, kesilapan mesin pail, pesongan barisan pail atau kembang benang bulu yang tidak mencukupi atau berpunca daripada kerja-kerja pemasangan pada sudut yang tajam. |
ascorbic acid | asid askorbik | Perikanan | Akuakultur | Bahan organik atau dikenali juga sebagai vitamin C yang sangat diperlukan oleh organisma dalam jumlah yang terhad untuk pembentukan tisu penyambung dan tisu parut semasa pembaikan luka dan matriks tulang. Keperluan asid askorbik bagi setiap organisma adalah bergantung pada keadaan dan organisma tersebut. Asid askorbik tidak dapat disintesis dalam jumlah yang mencukupi oleh organisma. Oleh itu, asid askorbik perlu dibekalkan dalam diet. Ikan tidak boleh mensintesis asid askorbik, kekurangan asid ini akan menyebabkan luka lambat sembuh, timbul ulser pada kulit sirip, luka, perdarahan dan pembentukan tulang yang tidak sempurna atau cacat. |