flat | datar | Landskap | Tiada | Satu permukaan yang rata, tidak tegak , tidak condong dan tidak bercerun. |
administrative neutrality | keberkecualian pentadbiran | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Prinsip pentadbiran yang tidak memihak atau menyebelahi individu dan badan tertentu yang berkepentingan. Prinsip ini menjadi panduan kepada pegawai tadbir supaya tidak bersikap condong kepada pihak tertentu dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Sebagai contoh, pegawai tadbir khususnya anggota perkhidmatan awam seperti Pegawai Daerah, Pegawai Tadbir Diplomatik, polis mahupun tentera akan tetap berkhidmat walaupun Perdana Menteri dan kabinet telah bertukar. Dalam keadaan ini, anggota perkhidmatan awam mestilah patuh kepada kerajaan baru. Sinonim keneutralan pentadbiran |
civil service neutrality | keberkecualian perkhidmatan awam | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Prinsip yang bebas, tidak terpengaruh atau condong kepada individu atau pihak tertentu dalam menggubal sesuatu dasar dan membuat sesuatu keputusan. Prinsip ini menjadi landasan kepada semua anggota perkhidmatan awam. Perkhidmatan awam dikehendaki melaksanakan tugas tanpa terikat kepada sebarang bentuk pengaruh atau tekanan luar. Melalui prinsip ini, kakitangan awam ditegah terlibat secara aktif dalam sebarang parti politik seperti yang termaktub dalam Peraturan Tatatertib (Perintah Am Bab ‘D’). Begitu juga di dalam konteks yang melibatkan kumpulan etnik, agama, ideologi dan gender, perkhidmatan awam seharusnya bebas dari sebarang bentuk pengaruh. |
anteversion | anteversi | Perubatan | Tiada | Keadaan apabila sesuatu organ atau sebahagian daripada sesuatu organ condong ke hadapan, tetapi tidak membengkok seperti yang terjadi semasa antefleksi. Bdg. retroversi. |
tilt | condong; senget | Perubatan | Tiada | Keadaan gigi yang tidak tegak atau miring ke sebelah. |
inclined axis | paksi condong | Fizik | Mekanik | Paksi yang tidak mendatar atau mencacang. |
tension wood | kayu tegangan | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Kayu tidak normal yang terbentuk pada bahagian atas dahan atau batang kayu condong bagi kayu keras. Kayu ini mempunyai kadar pengecutan memanjang yang melebihi kadar kayu normal dan mengalami tompok basah semasa pengeringan dan permukaan yang berserabut apabila dipotong. |
invariable plane | satah tak berubah | Matematik | Tiada | Satah yang merentasi pusat graviti seluruh sistem suria, dan mengekalkan arahnya yang tidak berubah dalam angkasa lepas. Satah ini condong 1 darjah 35' 8 ke arah ekliptik, dan berada di antara satah orbit Musytari dengan satah orbit Zuhal. |
congenitally missing tooth | ketiadaan gigi kongenital | Pergigian | Tiada | Gigi yang tidak terdapat pada rahang sama ada dalam atau luar tulang mandibel atau maksila. Ketiadaan gigi ini bukan disebabkan cabutan, trauma atau karies. Gigi ini memang tidak terbentuk kerana gangguan gen yang terlibat dalam pembentukan gigi. Akibatnya kemungkinan terdapat ruang yang besar antara gigi dan menyebabkan gigi condong ke arah ruang tersebut. |
tilt fishing | pancing taut | Perikanan | Tiada | Kaedah memancing menggunakan batang kayu yang dililitkan dengan tali dan kail di hujungnya. Batang kayu ini di dipacak condong pada tanah dan tali pancing diletakkan di dalam air secara menegak. Kaedah memancing ini digunakan semasa memancing di sawah padi, sungai dan perairan yang tidak berarus. |