compliance monitoring | pemantauan pematuhan | Audit | Tiada | Proses audit tidak formal yang berterusan bagi memastikan pekerja yang terjejas mematuhi semua dasar dan prosedur dalam manual. |
couserie | kauseri | Kesusasteraan | Tiada | Esei atau makalah sastera yang tidak formal sifatnya. Esei seperti ini biasanya terdapat dalam akhbar tempatan. Istilah ini diambil daripada makalah tulisan Sainte-Beuve berjudul Causeries du Lundi yang diterbitkan secara mingguan dalam akhbar di Paris seperti Le Globe dan Le Constitutionnel sekitar tahun 1849 � 1869. Kauseri berasal daripada perkataan Perancis yang bermaksud �berbual�. |
compliance review | kajian semula pematuhan | Audit | Tiada | Amalan audit tidak formal yang dijalankan bagi mengenal pasti sama ada keperluan prosedur sedia ada dipatuhi oleh individu atau terdapat sebarang masalah yang dihadapi. |
colloquialism | bahasa basahan/ bahasa percakapan | Kesusasteraan | Tiada | Penggunaan perkataan atau frasa yang tidak formal dalam karya. Digunakan dalam keadaan tertentu misalnya lokasi atau zaman. |
casual dining restaurant | restoran hidangan kasual | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Restoran yang mempunyai suasana yang santai dan tidak formal serta penyediaan hidangan disajikan sama ada dengan kaedah bufet, layan diri atau pramusaji. Lazimnya harga hidangan adalah berpatutan. |
life wide learning | pembelajaran luas hayat | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Proses pembelajaran melalui penglibatan seseorang dengan banyak sumber pembelajaran menerusi sesi pendidikan formal dan tidak formal, alam pekerjaan, aktiviti sosial, aktiviti kekeluargaan dan semua aktiviti pembelajaran yang berlangsung dalam konteks dan situasi sebenar. |
casual dining | hidangan kasual | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Berkaitan dengan hidangan yang disediakan di restoran yang mempunyai suasana yang santai dan tidak formal serta penyediaan hidangan disajikan sama ada dengan kaedah bufet, layan diri atau pramusaji. Lazimnya harga hidangan adalah berpatutan. |
learning experience (LX) | pengalaman pembelajaran (LX) | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Sebarang rakaman interaksi, kursus, program atau apa-apa sahaja aktiviti pembelajaran, sama ada dalam sesi pembelajaran formal atau tidak formal. Contoh pengalaman pembelajaran seperti sesi kuliah, sesi bertemu pakar, lawatan sambil belajar, kerja lapangan, gamifikasi, interaksi dalam talian, latihan amali, sangkutan kerja dan aktiviti kokurikulum. |
informal assessment | pentaksiran tak formal | Pendidikan | Tiada | Pentaksiran yang menggunakan ujian yang tidak formal atau tatacara yang kurang berstruktur dan tidak piawai yang biasanya disediakan oleh guru kelas. |
informal learning | pembelajaran tidak formal | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Pembelajaran atas inisiatif sendiri yang berlaku bila-bila masa tanpa dirancang di luar bilik darjah, tidak mempunyai sukatan pelajaran yang perlu diikuti, tidak berstruktur dan tiada penilaian. Contohnya, dalam konteks e-pembelajaran, seseorang mempelajari perkara baharu tanpa dirancang semasa melayari Internet. |