temporary installation | pemasangan sementara | Teknik | Elektrik | Pemasangan pendawaian yang tidak kekal. Mengikut peraturan pendawaian, pemasangan ini tidak boleh digunakan lebih daripada tiga bulan. Setiap tiga bulan pemasangan ini hendaklah diuji dan dibaiki sepenuhnya sebelum boleh digunakan semula. Contoh pemasangan ini ialah pemasangan lampu hiasan di jalan raya sempena menyambut sesuatu perayaan, pemasangan lampu hiasan di kawasan pameran dan ekspo, dan pemasangan lampu penyuluh bangunan. |
Herb | herba | Botani | Tiada | Tumbuhan dengan bahagian atas tanahnya tidak kekal atau mempunyai jangka hayat yang pendek. Tumbuhan ini lembut, tidak berkayu dan mempunyai kitaran hidup sama ada semusim atau dua musim. |
insulating material | bahan penebat | Teknik | Elektrik | Bahan yang tidak membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya. Sungguhpun begitu, sifat bahan ini tidak kekal. Apabila dikenakan suhu atau tekanan yang tinggi, bahan ini akan berubah menjadi pengalir. |
new stars/nova | bintang baru/nova | Matematik | Tiada | Bintang berubah yang kecerahannya meningkat dan memuncak dengan mendadak hingga mencapai beratus ribu malah berjuta kali ganda kecerahan asalnya. Puncak kecerahan bintang itu tidak kekal kerana ia akan kembali kepada kecerahan asalnya secara beransur-ansur dalam tempoh masa dari satu hingga tiga puluh tahun. |
rice grains | beberas | Matematik | Tiada | Tompok halus yang amat cerah dan beratus-ratus batu panjangnya, yang menonjol keluar dari latar belakang permukaan matahari yang lebih gelap. Tompok ini kebanyakannya kelihatan berhampiran dengan pusat cakera. Sifatnya tidak kekal, dan coraknya berubah dalam masa beberapa minit sahaja. |
basal application | pemberian dasar | Biologi | Ekologi | Meletakkan racun makhluk perosak di atas batang atau perdu tumbuhan, iaitu di bahagian atas sedikit dari tanah. Ini bertujuan untuk mengelakkan pencemaran udara dan pencemaran air. Walau bagaimanapun, kaedah ini hanya sesuai untuk racun makhluk perosak yang tidak kekal. |
biotransformation | biotransformasi | Perubatan | Farmakologi | Proses perubahan struktur kimia bahan eksogenus seperti ubat yang dilakukan oleh sistem biologi badan. Proses ini boleh menghasilkan metabolit yang aktif atau sebaliknya bergantung kepada jenis bahan tersebut. Antara tindak balas kimia yang terlibat dalam biotransformasi ialah oksidasi, penurunan, hidrolisis, asetilasi dan metilasi. Biotransformasi penting untuk memastikan ubat yang diambil tidak kekal atau terkumpul di dalam badan. Hampir semua organ terlibat dalam biotransformasi dan hepar merupakan organ yang paling utama. |
permanent settlement | penyelesaian kekal; petempatan kekal | Sejarah | Tiada | Petempatan kekal: Petempatan atau tempat kediaman yang didirikan di sesebuah kawasan atau sekitarannya yang bersifat kekal dan tidak berpindah-randah. |
objectivism | objektivisme | Kesusasteraan | Tiada | Gerakan yang mencadangkan supaya puisi dilihat sebagai objek seni yang tidak ada kaitan dengan pertimbangan teori, konteks sejarah, dan niat pengarang. Menurut pandangan gerakan ini, semua objek sepatutnya dipilihk kerana objek itu sendiri tanpa campur tangan atau komen pengarang. Gerakan yang didukung oleh W. Carlos Williams ini popular di Amerika pada tahun 1930-an namun tidak kekal lama. Contohnya, sajak karya W.C. Williams yang berjudul The Red Wheel Barrow hanya menampilkn nilai estetika objek tanpa komen penyair. |
semi (permanent) | separa (kekal) | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Berkaitan dengan sebahagian sahaja yang kekal atau tidak sepenuhnya kekal. |