Acceptable Daily Intake (ADI) | Pengambilan Harian Boleh Terima | Sains Kesihatan | Tiada | Had dedahan bahan kimia atau suatu tahap apabila kesan bahan kimia tidak kelihatan seratus peratus. |
pervasive computing | pengkomputeran rebak | Fizik | Nanoteknologi | Aliran ke arah memperluas penggunaan komputer untuk mengantara muka pelbagai peranti elektronik dalam persekitaran menerusi teknologi tanpa wayar. Peranti ini bersaiz kecil atau tidak kelihatan, sama ada dalam bentuk boleh alih atau ditanam dalam kebanyakan objek seperti kereta, peralatan am, peralatan rumah, pakaian, dan pelbagai barangan. |
identity crisis | krisis identiti | Sains Politik | Politik Perbandingan | Keadaan yang keliru atau tidak pasti sesebuah masyarakat akan arah perkembangan budaya dan identitinya. Subbudaya yang pelbagai telah menghalang pembentukan satu identiti sepadu dan perkembangan identiti kelihatan tidak menuju satu pertemuan yang menyatukan, sebaliknya terus bersifat perpecahan. Kekeliruan dan perpecahan ini melahirkan krisis identiti bagi masyarakat tersebut. Contohnya, pemiIihan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi di India jelas menggambarkan krisis identiti negara tersebut apabila mereka gagal berkompromi untuk memilih salah satu bahasa tempatan untuk menduduki status tersebut. |
cladocera | kladosera | Perikanan | Akuakultur | Sejenis haiwan daripada kumpulan krustasea atau kebiasaannya dikenali sebagai kutu air. Kladosera menghuni habitat berair tetapi jarang didapati di dalam laut. Kebanyakan kladosera bersaiz antara 0.2 – 6.0 mm panjang dengan kepalanya berpusing ke bawah, dan karapas yang menutupi toraks dan abdomennya kelihatan tidak bersegmen. Haiwan ini boleh dilihat dengan mata kasar tetapi struktur badannya hanya dapat dilihat jelas dengan menggunakan mikroskop. Kladosera membiak secara partenogenesis, iaitu secara aseksual pada masa dan keadaan yang sesuai. Kladosera yang digunakan di pusat penetasan untuk mengasuh anak ikan ialah moina dan Daphnia magna. |
spiropyran | spiropiran | Fizik | Nanoteknologi | Satu daripada molekul organik yang bersifat fotokromat. Pada keadaan asal, molekul ini tidak berwarna, dan apabila dikenakan sinaran ultralembayung, struktur molekulnya berubah sehingga kelihatan berwarna. Molekul itu kembali pulih kepada struktur asal dan tidak berwarna apabila dedahan kepada sinaran ultralembayung dihentikan. |
neo-colonialism | faham kolonial baru | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman penjajahan baru yang tidak bersifat ketenteraan atau fizikal. Kelazimannya, kolonialisme lebih bersifat penjajahan secara militer lalu memerintah negara tersebut. Penjajahan bentuk baru pula tidak membawa kemasukkan tentera tetapi lebih bersifat penguasaan ekonomi, teknologi, epistemologi dan secara teknologi maklumat. Pada hakikatnya, negara tersebut kelihatan merdeka, tetapi dikuasai oleh negara lain tanpa disedari. Pendekatan pergantungan terhadap negara Amerika Latin pada dekad 1970-an dan 1980-an berlaku apabila Amerika Syarikat kuat mempengaruhi perkembangan ekonomi dan politik negara tersebut yang boleh ditafsir sebagai fahaman kolonial baru. |
grinning | cacat grin | Kesenian | Hiasan Dalaman | Bahagian belakang permaidani yang kelihatan pada permukaan hadapan, kesan daripada pail yang tertanggal. Keadaan ini berlaku disebabkan kesan daripada pail yang rendah, kesilapan mesin pail, pesongan barisan pail atau kembang benang bulu yang tidak mencukupi atau berpunca daripada kerja-kerja pemasangan pada sudut yang tajam. |
liberal democracy | demokrasi liberal | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem demokrasi yang terbuka tanpa sekatan tetapi masih tertakluk kepada perlembagaan, undang-undang dan suara majoriti. Kerajaan dalam sistem demokrasi ini tidak meletakkan berbagai-bagai sekatan atau peraturan ketat kepada individu atau kelompok yang bergerak dalam apa juga bidang sama ada ekonomi, politik dan sosial. Ia membenarkan persaingan politik yang bebas, kegiatan ekonomi yang terbuka dan hubungan sosial tanpa sempadan. Melalui pilihan raya, rakyat menyuarakan pilihan mereka dan keputusan majoriti akan membentuk kerajaan dan mempengaruhi penggubalan dasar negara. Kebanyakan negara Eropah Barat mengamalkan demokrasi liberal dan kelihatan kerajaannya sering bertukar ganti menurut kehendak rakyat. |
arrow worms | cacing anak panah | Sains Marin | Tiada | Sejenis filum ketognata yang merupakan invertebrat kecil dengan julat saiz di antara 2-120 mm panjang. Namanya diambil sempena bentuk badannya yang panjang dan langsing serta mempunyai sirip sisi dan sirip ekor yang kelihatan seperti anak panah. Struktur badannya ringkas, diselaputi oleh lapisan kutikel, lut cahaya dan terbahagi kepada kepala, badan dan ekor. Cacing anak panah tidak mempunyai sistem peredaran darah, sistem pernafasan atau sistem pertukaran gas yang khusus dan hanya mempunyai sistem saraf yang ringkas. Terdapat lebih 120 spesies cacing anak panah yang telah dikenal pasti dan semuanya terdiri daripada zooplankton. Cacing anak panah merupakan pemangsa rakus yang memakan zooplankton kecil seperti kopepod dan krustasia kecil yang lain. Sinonim ketognata. |
gothic romance | novel gotik | Kesusasteraan | Tiada | Novel tentang tema seram dan suspens. Dalam sastera Barat, latar masa bagi fiksyen ini adalah pada zaman Medieval. Latar tempatnya pula berkisar tentang istana suram, kurungan bawah tanah dan sebagainya. Pengarang novel gotik menggunakan penjelmaan hantu dan kejadian ghaib untuk mengembangkan plot. Pengarang menimbulkan perasaan takut terhadap para pembacanya dengan mengeksploitasikan misteri, kekejaman, dan kejadian yang menggerunkan. Jenis fiksyen ini dipelopori oleh Horace Walpole dalam karyanya the Castle of Otranto. Kemudian, istilah novel gotik ini diperluaskan merangkumi fiksyen yang tidak menggunakan latar Medieval tetapi masih mengekalkan unsur seram, ghaib dan menggerunkan. Contoh seperti ini ditemui dalam karya Edgar Alan Poe dan Willain Faulkner. Sumbangan utama novel gotik terhadap dunia fiksyen adalah membuka ruang untuk pemaparan dimensi tidak rasional dan naluri ganjil yang hadir di sebalik tingkah laku watak yang kelihatan sopan dan bertamadun. Lihat juga gotik. |