theatre of the absurd | teater absurd | Kesusasteraan | Tiada | Teater yang mengungkapkan pemikiran absurdisme. Pemikiran ini menegaskan bahawa manusia tidak bermakna, tidak rasional, tidak berguna, dan tidak logik. Istilah ini dipopularkan oleh Martin Esslin dalam bukunya yang berjudul Theatre of the Absurd. Pada asalnya, istilah ini terkandung dalam karya Albert Camus berjudul the Myth of Sisyphus (1943). Drama yang terkenal dengan gaya absurd ialah Waiting of Godot oleh Samuel Beckett, drama Henry IV dan Six Characters in Search of an Author oleh Luigi Pirandello, drama Invitation to the Chateau, Waltz of the Toreadours dan the Lark�, semuanya oleh Jean Anouilh. Jean Paul Sartre pula menyumbangkan karya absurd yang berjudul The Flies, No Exit dan The Condemned of Altona, sementara Albert Camus menulis karya berjudul Caligula dan State of Seige. Antara drama Malaysia yang cenderung kepada bentuk absurd ialah drama Dinsman Jangan Bunuh Diri dan Anna, serta drama Patung-patung oleh Hatta Azad Khan. Dalam sastera Arab, teater absurd terdapat dalam Masrahiyat al-Farafir oleh Yusuf Idris. Lihat juga absurd. |
idiom | idiom | Kesusasteraan | Tiada | Cara untuk melahirkan atau menyatakan sesuatu yang khusus berkaitan dengan sesuatu bahasa. Kadangkala cara penyampaian bersifat tidak gramatis dan tidak logik. Sesuatu idiom amat sukar untuk diterjemahkan secara literal ke dalam bahasa lain kerana maknanya tidak berkaitan dengan perkataan yang digunakan. Contohnya, dalam simpulan bahasa seperti �air muka�, �buah hati�, �kaki bangku�, �bawa diri�, �kaki ayam� dan lain-lain. |
absurd | absurd | Kesusasteraan | Tiada | Aliran pemikiran yang menegaskan bahawa kehidupan manusia tidak bermakna, tidak rasional, tidak berguna dan tidak logik. Pemikiran ini terserlah dalam karya sastera, teater, dan seni tampak yang diekspresikan dalam bentuk ekspresionisme, surealisme, dan absurdisme. Konsep absurd boleh disusurgalurkan dengan falsafah eksistensialisme yang dipelopori pemikir seperti Soren Kierkegaard dari Jerman, serta albert Camus dan Jean-Paul Sartre dari Perancis yang memberikan penekanan kepada kewujudan hidup. Contohnya, drama absurd memaparkan watak yang bergelut untuk mencari tatanan (aturan) dan tujuan hidup dalam situasi yang tidak rasional dan tidak dapat difahami. Ceritanya tidak ada kesinambungan, watak-wataknya bergerak tanpa motivasi, dan bahasanya tidak tersusun. Contoh karya absurd dalam kesusasteraan Barat ialah Ulysses oleh James Joyce, Metamorphosis dan The Castle oleh Franz Kafka. Drama absurd yang terkenal ialah Waiting for Godot oleh Samuel Beckett. Contoh dalam kesusasteraan Mel ayu ialah novel Sampah oleh Shahnon Ahmad, novel Kering oleh Iwan Simatupang, dan drama Bukan Bunuh Diri oleh Disman. Absurd berasal daripada perkataan Latin absurdum yang bermaksud �sesuatu yang bertentangan� atau �tidak harmoni�. |
animal fantasy | fantasi binatang | Kesusasteraan | Tiada | Karya fantasi yang berkisar tentang binatang atau yang berkaitan dengan alam kehidupan binatang. Naratifnya biasanya penuh khayalan serta imaginasi, dan dianggap tidak logik oleh akal rasional. Kehidupan binatang yang dimaksudkan ialah alam utopia, tidak berpijak di bumi nyata, dan tidak dapat dibuktikan kewujudannya. Watak yang memainkan peranan dalam cerita ini terdiri daripada binatang yang �boleh berfikir� dan berkomunikasi sesama mereka. Biasanya, cerita fantasi binatang muncul daripada tradisi cerita rakyat yang hidup subur dalam masyarakat lisan zaman silam. Contoh fantasi binatang yang terkenal dalam kesusasteraan Melayu ialah Hikayat Sang Kancil. Contoh lain termasuklah cerita Sang Kancil Menipu Gergasi. Sang Kancil Menghukum Buaya, dan Sang Kancil Berlumba dengan Siput. Lihat juga epik binatang. |
dadaism | dadaisme | Kesusasteraan | Tiada | Gerakan medenisme yang bermula di Zurich dan menjadi popular di New York pada tahun 1916 � 1922. Gerakan dadaisme bertujuan untuk memprotes atau memberontak penerimaan idea kelas menengah mengenai logik, makna, bentuk dan peraturan. Istilah dadaisme melambangkan kebebasan tanpa batasan, bersifat antiperaturan dan antibudaya dan dimanifestasikan dalam sastera melalui collage, iaitu susunan objek dan perkataan secara rawak supaya tercipta satu pola yang tidak logik atau tidak bermakna. Dadaisme digantikan dengan surealisme selepas tahun 1921 apabila diserapkan dalam gerakan baharu ini. Lihat juga surealisme. |
surrealism | surealisme | Kesusasteraan | Tiada | Pemikiran yang menentang segala kekangan yang dihadipi oleh seseorang pengarang dalam usaha untuk mencapai kebebasan berkreatif. Kekangan termasuklah tuntutan urutan logik, nilai moral, adat, norma, sosial dan perancangan dan matlamat berkarya. Pemikiran ini juga beranggapan bahawa �minda dalam� seseorang pengarang adalah punca pengetahuan dan lukisan asli. Justeru, untuk memastikan �minda dalam� itu dapat beroperasi tanpa gangguan, pengamal surealisme bergantung pada penulisan yang bersifat automatik, iaitu penulisan yang dihasilkan atas desakan bawah sedar sepenuhnya yang mengeksploitasi bahan mimpi, keadaan minda yang berada pada tahap antara lelap dengan jaga, igauan atau halusinasi semula jadi atau sebaliknya. Dalam bidang sastera, unsur pemikiran surealisme ini dapat dilihat pada karya prosa dan lirik penulis moden yang telah lari dari kaedah organisasi artistik yang konvensional. Unsur sureliasme juga tertumpu pada eksperimentasi dengan asosiasi bebas, sintaksis bebas, orde yang tidak logik, dan pelanggaran urutan peredaran masa seperti urutan mimpi dan igauan, pada jukstaposisi imejan yang pelik, memeranjatkan atau tidak berkaitan. Pemikiran sualisme ini adalah lanjutan daripada karya Andre Breton dari Perancis berjudul Manifesto on Surrealism (1924). Menurut karya ini, minda harus dibebaskan daripada logik dan kewarasan. Pendapat ini merupakan satu perkembangan revolusionari dalam bidang lukisan, ukiran dan sastera, dan sering digabungkan dengan perkembangan revolusionari dalam bidang lukisan, ukiran dan sastera, dan sering digabungkan dengan perkembangan politik dan perubahan sosial setempat. Pengaruhnya tersebar luar di Eropah dan Amerika. Antara nama ahli surealis yang terkenal dari Negara Perancis ialah Louis Aragon dan Salvador Dali. Di England dan di Amerika, pengaruh surealisme dapat dilihat dalam sajak Dylan Thomas yang menghasilkan penulisan fantasi igauan dan lawak hitam. Pengaruh ini juga ditemui dalam novel Henry Miller karya Thomas Pnychon berjudul V dan karya William Burroughs berjudul Naked Lunch. Istilah super-realism dicetuskan oleh Gullame Appollinaire. |
rationalization | rasionalisasi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Penjelasan pemikiran yang diterima akal, logik, berasaskan kepada hubungan sebab-musabab dan saintifik. Walau bagaimanapun, penjelasan ini tidak semestinya benar tetapi logik yang digunakan dapat diterima oleh fikiran pendengar. Penjelasan yang rasional ini kadangkala boleh bersifat negatif tetapi apabila dilahirkan secara munasabah, ia boleh mempengaruhi pemikiran seseorang. Ahli falsafah Immanuel Kant sering menggunakan rasionalisasi dalam penjelasannya berhubung dengan sesuatu perkara. Sinonim rasional. |
closed security environment | persekitaran keselamatan tertutup | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Persekitaran yang memenuhi keadaan yang berikut: 1. Pembangun aplikasi yang mempunyai autoriti atau disahkan bahawa mereka tidak pernah membina atau terlibat dengan logik hasad. 2. Kawalan konfigurasi yang menyediakan jaminan yang cukup bahawa suatu peralatan dan aplikasi dilindungi daripada logik hasad sebelum dan semasa operasi aplikasi sistem. |
stream of consciousness | aliran kesedaran | Kesusasteraan | Tiada | Teknik naratif yang mendedahkan segala isi dan aktiviti dalaman minda watak pada semua tahap kesedaran untuk menggambarkan alirannya yang tidak tersusun dan tidak berkesinambungan. Isi dan aktiviti tersebut termasuklah yang berbentuk memori, persepsi indera, emosi dan renungan. Tujuan teknik ini adalah untuk menyerlahkan imej, perasaan dan pemikiran yang melintasi minda watak tanpa mementingkan logik nahu. Justeru, rakan pemikiran dan perasaan watak muncul sebagai pengaliran yang tidak diaturkan. Walau bagaimanapun, seseorang pengarang masih boleh menstrukturkan asosiasi yang seolah-olah rambang demi memperkaya persoalan dan wawasan yang ingin diterokai. Contohnya, novel Ulysses oleh James Joyce mendedahkan pemikiran dan perasaan protagonisnya, iaitu Leopold bloom. Walau bagaimanapun, struktur dan makna masih boleh ditemui apabila Joyce menggunakan mitos Yunani tentang pengembaraan watak Ulysses untuk menggarap lapisan dalam Leopold Bloom. Berbeza dengan Joyce yang menggunakan mitos Yunani, Virginia Woolf dalam karyanya To the Lighthouse pula mementingkan ulangan imej dominan dalam memerikan lapisan dalaman watak untuk menimbulkan pada puitis. Frasa stream of consciousness dicipta oleh Willian James dalam bukunya Principles of Psychology (1890). Teknik ini dipelopori oleh Dorothy Richardson dalam novelnya yang berjumlah 12 jilid berjudul Pilgrimage (1915-1967), dan oleh James Joyce dalam Ulysses (1922). Teknik ini dimantapkan lagi oleh Virginia Woolf dalam Mrs. Dalloway (1925) dan oleh William Faulkner dalam The Sound and the Fury (1928). Contoh penggunaan teknik aliran kesedaran dalam kesusasteraan Melayu ditemui dalam cerpen �Igau� oleh Shahnon Ahmad. Dalam cerpen ini, Shahnon merakamkan perasaan dan pemikiran watak protagonis untuk mendedahkan rasa keterasingan, kesunyian, dan ketidaktentuan semasa di perantauan. Istilah ini dikenali juga sebagai arus kesedaran. |
paradox | paradoks | Kesusasteraan | Tiada | Pernyataan yang nampak bercanggah atau tidak masuk akal, tetapi sebenarnya munasabah. Paradoks sering digunakan oleh pengarang dan penyair serta merupakan alat utama dalam puisi metafizik dan keagamaan. Penggunaannya sebagai salah satu cara untuk menyatakan ketakjuban dalam agama Kristian yang melampaui akal dan logik manusia. Contohnya, pemerian tuhan dalam karya Paradise Lost oleh Milton, iaitu �Dark with excessive bright thy skirts appear�. Paradoks dikembangkan penggunaannya oleh pengikut Kritikan Baru untuk menunjukkan penyimpangan daripada kebiasaan yang mengejutkan. Paradoks yang mencantumkan dua perkataan yang bertentangan disebut sebagai oksimoron. Contohnya, ungkapan seperti loving hate dan pleasing pain. Lihat juga kritikan baru, oksimoron, puisi metafizikal. |