nonsense verse | sajak cadai | Kesusasteraan | Tiada | Puisi yang tidak menunjukkan kesungguhan penyair semasa menciptanya, sama ada dari segi pemilihan tema dan persoalan, pembentukan struktur mahupun teknik penceritaannya. Seolah-olah sajak main-main atau olok-olok dan apabila dibaca tiada sesuatu faedah yang didapati oleh pembaca. |
main puteri | main puteri | Kesusasteraan | Tiada | Upacara pengubatan tradisional yang menggunakan muzik, cerita dan nyanyian makyung. Upacara ini bertujuan untuk menyemah semangat yang mengganggu ketenteraman dan imbangan angin si pesakit, selalunya pesakit jiwa. Main puteri dijalankan sebagai sebuah persembahan, iaitu terdapatnya pemain dan penonton. Peranan utama dipegang oleh tok Minduk, pemain rebab dan Tok Puteri, bomoh dan si pesakit. Alat-alat muzik yang mengiringi upacara ini terdiri daripada sebuah rebab, sepasang gendang dan sepasang gong. Tok Puteri memulakan upacara dengan membaca mantera sajian kepada untuk menyemah semangat si pesakit. Sebelum menilik, dia akan melakukan upacara �menurun�. Ketika itu, Tok Puteri akan dirasuk oleh semangat tertentu dan seterusnya akan berlaku soal jawab antara Tok Minduk dengan Tok Puteri untuk menentukan semangat yang bertanggungjawab terhadap keadaan si pesakit. Pemilikan akan diselang seli dengan gerak tari dan silat oleh Tok Puteri yang dirasuk semangat yang dijemput. Semangat yang dikenali sebagai Hanuman, Jin Selakah tunggal, Bota dan semangat itu tidak bertanggungjawab, semangat tersebut akan dilepaskan. Proses ini berlaku sehingga semangat berkenaan dikenal pasti. Kemudian Tok Minduk akan melakukan proses tawar-menawar dengan semangat ini untuk memintanya meninggalkan tubuh badan si pesakit. Selepas mendapat persetujuan, semangat berkenaan pun keluar dan si pesakit akan pulih. Seterusnya, si pesakit akan bergerak dan menari yang menandakan bahawa dia telah pulih. Proses pengubatan tradisional main puteri masih lagi diamalkan di Kelantan. Antara tokoh main puteri yang tersohor ialah Bakar Daud (Bachok), Tok Minduk awang Omar (Tumpat) dan Pak Mat tok Teri (Gunung). |
game-palying syndrome | sindrom main permainan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Tingkah laku psikologi pada pengguna hasad yang menyatakan bahawa pencerobohan sistem komputer tidak salah sekiranya sistem tersebut boleh diceroboh dengan mudah. Sindrom ini menyebabkan pengguna hasad beranggapan sekiranya terdapat cara untuk mencerobohi sistem atau menjalankan aktiviti yang boleh mengubah aset sistem, maka tindakan ini tidak menjadi kesalahan. Pengguna hasad beranggapan, sekiranya pemilik sistem berhasrat hendak menghalang pengguna daripada melakukan aktiviti tersebut, maka pemilik sistem berkenaan hendaklah memasang fungsi keselamatan yang sukar ditembusi. |