period poverty | kemiskinan haid | Kesihatan Awam | Tiada | Situasi golongan wanita yang tidak mampu memiliki tuala wanita disebabkan oleh masalah kewangan. |
obsolete diction | diksi usang | Kesusasteraan | Puisi | Pemilihan dan penggunaan diksi yang sudah terlalu kerap digunakan dalam sesebuah puisi atau sajak. Kesan penggunaannya tidak mampu lagi mengangkat makna yang sewajarnya, sesuai dengan sesuatu pemikiran yang hendak disampaikan oleh penyairnya. |
harm reduction | pengurangan kemudaratan | Kesihatan Awam | Tiada | Polisi, program dan kaedah untuk mengurangkan kemudaratan atau kesan penyalahgunaan dadah dari segi kesihatan, sosial dan ekonomi kepada individu yang tidak mampu atau tidak ingin berhenti daripada menggunakan dadah. |
sensory deprivation | deprivasi deria | Psikologi | Tiada | Proses untuk mengurangkan rangsangan sama ada untuk mengurangkan tekanan atau mengenakan dendaan. Pada tahap awal percubaan kaedah deprivasi deria, individu akan berasa tidak selesa sehingga tidak mampu bertahan seperti berada di bilik kedap rangsangan. Mereka yang terlibat akan melaporkan pelbagai imaginasi dan kejadian ganjil yang dialami. Walau bagaimanapun, apabila kaedah ini dikawal, individu akan menikmati keindahan tanpa rangsangan sehingga mampu berasa tenang. Oleh sebab otak memerlukan rangsangan dari semasa ke semasa, deprivasi deria secara berpanjangan boleh menjadi satu penyiksaan atau hukuman seperti yang dialami oleh tahanan perang. |
clandestine movement | gerakan sulit | Sains Politik | Politik Perbandingan | Gerakan politik yang dilakukan secara senyap atau bawah tanah dan di luar batasan perlembagaan bagi menjatuhkan sesebuah kerajaan. Gerakan ini biasanya dipelopori oleh pemimpin yang menyedari ketidakadilan dan kekejaman yang wujud dalam sesebuah pemerintahan tetapi tidak mampu menyuarakannya secara terbuka disebabkan oleh kebimbangan terhadap hukuman politik yang akan dikenakan. Gerakan ini dimulai dengan pembentukan beberapa ahli kumpulan secara kecil-kecilan yang kemudiannya akan berkembang secara sulit dalam masyarakat. Apabila disedari oleh pemerintah, pemimpin gerakan ini akan ditangkap, dipenjarakan dan sesetengahnya pula terpaksa melarikan diri serta memohon perlindungan politik dari negara lain. Contohnya, gerakan Masonic Movement di Cuba yang ditubuhkan sejak tahun 1959 bagi menentang dan menggulingkan pemerintahan Fidel Castro. |
family income rider | rider pendapatan keluarga | insurans | Tiada | Rider berbentuk insurans sementra menyusut yang diunderait bersama-sama dengan Insurans Hayat Sementara Sehingga Umur 70 Tahun atau pelan premium yang lebih tinggi. Kontrak ini menyediakan perlindungan dengan nilai muka yang tinggi untuk premium paras yang dikenakan semasa usia muda pemegang polisi kerana pada usia tersebut dia tidak mampu untuk membeli insurans hayat kekal yang premiumnya lebih tinggi. |
civil-military relations | hubungan awam-tentera | Sains Politik | Politik Perbandingan | Hubungan polilik yang wujud antara masyarakat dengan institusi ketenteraan. Hubungan ini boleh bersifat profesional iaitu hubungan awam-tentera yang terbatas dalam hal-hal yang berkait rapat dengan kepentingan awam terhadap institusi tersebut seperti keselamatan dan melindungi kepentingan awam. Tentera akan bertindak apabila kepentingan awam diancam oleh anasir subversif dari dalam atau luar. Hubungan ini juga bersifat politik iaitu pihak tentera bukan sahaja bertindak sebagai institusi yang melindungi keselamatan awam, tetapi juga mempunyai pengaruh yang kuat dalam urusan pemerintahan. Pihak tentera akan campur tangan dalam urusan pemerintahan apabila mendapati kerajaan awam tidak mampu menangani masalah krisis ekonomi atau politik yang serius. Contohnya, di Malaysia hubungan awam-tentera bersifat profesional manakala Indonesia di bawah Soeharto hubungan awam-tentera bersifat politik |
zombie bank | bank zombi | Perbankan | Tiada | Institusi kewangan yang tidak lagi mampu beroperasi dengan normal dan berkesan, tetapi masih bertahan kerana bantuan kerajaan atau sokongan kewangan dari sumber lain. |
imagination | imaginasi | Kesusasteraan | Tiada | Kebolehan menggambarkan sesuatu dalam fikiran. Imaginasi tidak bersifat kenyataan tetapi dipenuhi khayalan dan angan-angan. Imaginasi mampu membentuk imej atau representasi dalam karya sastera. Bagi para pemikir zaman klasik, imaginasi ialah daya fikir membina yang mampu mengubah pengalaman serta melahirkan intuisi dan wawasan. Sejak 1800, imaginasi dianggap sebagai daya kreatif yang utama dalam pengkaryaan. Coleridge dalam karya berjudul Biographia Literaria (1817) berpendapat bahawa imaginasi ialah suatu daya magis dan daya sintesis yang melahirkan penciptaan baharu dan keaslian dalam penulisan kreatif. Para penyair menganggap bahawa sumbangan utama imaginasi adalah untuk merangsang keupayaan mereka menyelesaikan percanggahan dan kontradiksi. Justeru, daya imaginasi menolong pengarang mencipta naratif atau puisi yang indah dan harmonis daripada pengalaman yang berbeza dan bercanggah. Dalam penciptaan puisi, pengarang lebih mengutamakan kepentingan imaginasi berbanding dengan kepentingan kehendak sedar mereka. Pada dasarnya, para penyair romantis menganggap imaginasi sebagai positif dan menyumbang kepada pengkaryaan seni mereka. Namun, sejak zaman Yunani, ahli pemikir seperti Plato telah meragui kesan imaginasi. Hal ini demikian kerana imaginasi dikaitkan dengan ilusi, kekeliruan, dan penipuan. Menurut Plato, jika tidak dikawal, imaginasi boleh membawa kepada kegilaan. Imaginasi berasal dariapda perkataan Latin imaginatio bermaksuk �membentuk sesuatu imej�. |
autarchy | autarki | Ekonomi | Tiada | Keadaan mampu diri dari segi ekonomi, tanpa bergantung pada negara pada negara lain. Dalam konteks perdagangan antarabangsa, autarki bermaksud tidak berdagang dengan negara lain. |