modern style | gaya moden | Kesenian | Seni Bina | Gaya reka bentuk moden yang diperkenalkan dari era modenisme. Seni bina moden biasanya bebas daripada elemen-elemen yang tidak perlu. Tumpuan seni bina moden diberi pada aspek ruang, dan bukannya pada aspek hiasan atau butiran yang tidak relevan seperti dalam seni bina klasik. Cita rasa moden mementingkan kesederhanaan dan kejelasan ruang. Bangunan seharusnya kelihatan bersih, berfungsi, bersifat lebih ringkas dan mudah. |
modern bureaucracy | birokrasi moden | Pentadbiran | Tiada | Bentuk pentadbiran dan pengurusan organisasi yang lebih efisien dan mengambil kira unsur-unsur pembaharuan berdasarkan perubahan persekitaran yang berlaku. Birokrasi moden juga merangkumi corak pembahagian autoriti atau kuasa tanggungjawab pengurusan dalam organisasi, seperti pemencaran kuasa yang dibuat oleh peringkat atasan terhadap para pengurus yang bertanggungjawab terhadap jabatan atau bahagian masing-masing. Brokrasi moden juga melibatkan amalan sistem organisasi yang lebih terbuka dan peka terhadap kehendak dan keperluan semasa. Contoh elemen birokrasi moden ialah jaringan yang lebih banyak antara organisasi, peraturan dan kawalan yang tidak mengongkong kakitangan, penyaluran maklumat yang lebih telus untuk memudahkan kakitangan, kemudahan yang lebih banyak dan penggunaan teknologi terkini |
perfect fluid | bendalir sempurna | Fizik | Moden | Bendalir yang tidak mempunyai kelikatan. |
Bauhaus | Bauhaus | Kesenian | Seni Bina | Ideologi dan gaya seni bina moden yang menyatukan bidang seni dan teknologi. Bauhaus berasal dari sebuah sekolah reka bentuk di Jerman yang menjadi pusat menyebarluaskan seni dan reka bentuk moden di Eropah. Sekolah ini terkenal pada awal abad ke-20 dalam bidang seni bina, tipografi, reka bentuk industri, reka bentuk dalaman, grafik, seni lukis dan seni reka fesyen. Pengarah pertama sekolah ini ialah Walter Gropius. Gaya Bauhaus telah menjadi salah satu ikutan dalam seni bina moden di seluruh dunia. Pengaruh Bauhaus dapat dilihat pada bangunan berbentuk kiub, berwarna putih, menggunakan tingkap kaca, tidak mempunyai hiasan, kelihatan ringkas dan tulen. |
recrystallization | penghabluran semula | Fizik | Moden | Penghabluran struktur hablur yang tidak melibatkan perubahan bentuk kimia hablur berkenaan. |
free charge | cas bebas | Fizik | Moden | Cas elektrik yang tidak terikat pada tapak tertentu dalam seuatu pepejal. |
free oscillation | ayunan bebas | Fizik | Moden | Ayunan sistem fizik yang tidak dipengaruhi oleh rangsangan luar. |
practical entropy | entropi amali | Fizik | Moden | Entropi sesuatu sistem yang tidak termasuk entropi yang disebabkan oleh spin nukleus. |
closed system | sistem tertutup | Fizik | Moden | Sistem yang terasing sehingga tidak berlaku tukar ganti tenaga atau jirim dengan persekitarannya, dan dengan yang demikian keadaan keseimbangan termodinamik akan tercapai. |
cross coupling | gandingan silang | Fizik | Moden | Gandingan yang memindahkan tenaga yang tidak diperlukan dari satu sistem ke satu sistem lain. |