الزواج الباطل | nikah batil | Agama Islam | Fiqh | Perkahwinan yang tidak sah kerana tidak melengkapi rukun dan syarat. Mengikut pendapat Syafi’iyah nikah ini tidak sah tetapi sah mengikut pendapat Hanafiyah. |
squatter settlement | petempatan setinggan | Sosiologi | Tiada | Tempat tinggal yang dibina di atas tanah secara tidak sah atau bangunan yang dihuni secara tidak sah. |
validity | kesahan | Matematik | Tiada | Sifat pada sesuatu hujah yang sama ada sah atau tidak sah. Sesuatu hujah dikatakan sah sekiranya apabila premisnya benar, kesimpulannya benar juga. Sesuatu hujah tidak sah sekiranya wujud situasi premis benar tetapi kesimpulan palsu. Lihat juga hujah. |
invalid transaction | transaksi tidak sah | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Transaksi yang gagal memenuhi atau menepati syarat transaksi lengkap. Transaksi capaian ke atas data dianggap tidak sah sekiranya pengguna cuba mencapai data apabila tidak memiliki had capaian yang sama atau melebihi data tersebut. |
access control | kawalan capaian | Farmasi | Farmakologi | Penentuan capaian kepada suatu sistem komputer yang diberikan kepada pengguna yang sah setelah pengesahan dan penentusahan dilakukan. Capaian yang dimaksudkan ialah kebenaran untuk membaca, menulis dan melaksanakan program. Hal ini bermakna pengguna yang tidak sah tidak boleh mencapai sistem komputer tersebut. Penentuan capaian kepada suatu sistem komputer yang diberikan kepada pengguna yang sah setelah pengesahan dan penentusahan dilakukan. Capaian yang dimaksudkan adalah kebenaran untuk membaca, menulis dan melaksanakan program. Hal ini bermakna pengguna yang tidak sah tidak boleh mencapai sistem komputer tersebut.,Penentuan capaian kepada suatu sistem komputer yang diberikan kepada pengguna yang sah setelah pengesahan dan penentusahan dilakukan. Capaian yang dimaksudkan adalah kebenaran untuk membaca, menulis dan melaksanakan program. Hal ini bermakna pengguna yang tidak sah tidak boleh mencapai sistem komputer tersebut. |
aggression | pencerobohan | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Tindakan serangan secara tidak sah dan tidak bermoral oleh sesebuah negara terhadap negara lain. Campur tangan secara tidak sah menurut norma antarabangsa juga dianggap sebagai tindakan pencerobohan. Perlakuan ini biasanya berbentuk tindakan serangan walaupun kadangkala tindakan ini dilakukan atas dasar mempertahankan diri melalui dasar serangan terlebih dahulu. Bentuk pencerobohan boleh terjadi secara langsung umpamanya serangan Jepun terhadap Pearl Harbour pada tahun 1941. Terdapat juga pencerobohan secara tidak langsung seperti tindakan Amerika Syarikat mengintip melalui kapal terbang U2 terhadap Kesatuan Soviet antara tahun 1955 hingga 1960. Selain itu, pencerobohan juga boleh bersifat bukan ketenteraan. Tindakan ekonomi seperti boikot dan embargo turut tergolong dalam kategori pencerobohan terhadap sesuatu negara. |
Extranet security | keselamatan Ekstranet | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Kaedah untuk memastikan maklumat yang dihantar melalui Ekstranet adalah selamat daripada pengubahsuaian yang tidak sah dan tidak diketahui atau dicapai oleh individu yang tidak sah. Lihat juga Ekstranet. |
intranet security | keselamatan Intranet | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Kaedah untuk memastikan maklumat yang dihantar melalui Intranet adalah selamat daripada pengubahsuaian yang tidak sah serta tidak diketahui atau dicapai oleh individu yang tidak sah. Lihat juga Intranet. |
Internet security | keselamatan Internet | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Kaedah untuk memastikan maklumat yang dihantar melalui Internet adalah selamat daripada sebarang pengubahsuaian yang tidak sah serta tidak diketahui atau dicapai oleh individu yang tidak sah. Lihat juga Internet. |
void and impoundable by the State | tidak sah dan boleh ditahan oleh Kerajaan | Undang-undang | Tiada | Tiada |