Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Rendang sungguh pohon ara,
     Tumbuh subur tepi telaga;
Tidak salah berkenal mesra,
     Tatasusila perlu dijaga.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Seperti kerbau tersepit leher: dihela tanduk sudah panjang,
     dilalukan badan sudah besar.

Bermaksud :

Terdorong melakukan sesuatu pekerjaan yang salah, tidak mungkin menarik diri lagi.

 

Lihat selanjutnya...(21)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
game-palying syndromesindrom main permainanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerTingkah laku psikologi pada pengguna hasad yang menyatakan bahawa pencerobohan sistem komputer tidak salah sekiranya sistem tersebut boleh diceroboh dengan mudah. Sindrom ini menyebabkan pengguna hasad beranggapan sekiranya terdapat cara untuk mencerobohi sistem atau menjalankan aktiviti yang boleh mengubah aset sistem, maka tindakan ini tidak menjadi kesalahan. Pengguna hasad beranggapan, sekiranya pemilik sistem berhasrat hendak menghalang pengguna daripada melakukan aktiviti tersebut, maka pemilik sistem berkenaan hendaklah memasang fungsi keselamatan yang sukar ditembusi.
misdemeanourkesalahan ringanKriminologiKeadilan JenayahPerbuatan yang dianggap salah atau tidak boleh diterima dalam masyarakat tetapi tidak tergolong sebagai kesalahan serius. Contohnya, perbuatan membuang sampah di merata-rata tempat atau meludah di tempat awam.
eating disordergangguan makanMakanan dan PemakananPemakananTabiat makan yang tidak normal dan tidak sihat. Contohnya, pemakanan yang tidak terkawal, puasa berpanjangan, makan terlalu banyak dan penyingkiran makanan dengan cara yang salah seperti muntah atau penyalahgunaan julap, diuretik atau enema.
material misrepresentationsalah nyata fakta mataninsuransTiadaPemalsuan fakta matan dengan mengguna apa-apa cara jua. Jika syarikat insurans mengetahui hal sebenarnya, ia tidak akan menginsuranskan risiko tersebut. Salah nyata fakta matan memberi hak kepada syarikat insurans untuk mengetepikan kontrak.
police corruptionkorupsi polisKriminologiKeadilan JenayahTingkah laku devian, termasuklah perbuatan tidak beretika atau salah laku oleh pegawai dan anggota polis, melibatkan penyalahgunaan kuasa penguatkuasaan untuk tujuan kepentingan diri atau untuk mendapat habuan diri.
information pollutionpencemaran maklumatTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaPencemaran yang disebabkan oleh bekalan maklumat yang tidak relevan, berlebihan, salah serta kurang kualiti.
type II vascular bundleberkas vaskular jenis IIBuluhTiadaBerkas vaskular yang mempunyai selaput serabut tidak bersimetri dan salah satu sisinya terletak pada bahagian protoxilem, bersaiz lebih besar dan berbentuk seperti kipas. Berkas vaskular jenis II hanya ditemukan dalam buluh simpodial. Sinonim berkas vaskular jenis sempit tengah.
catachresissalah ungkapKesusasteraanPuisiPenggunaan perkataan atau istilah yang tidak kena pada tempatnya. Ada kala ia berbentuk bahasa kiasan yang tidak munasabah. Contohnya, 'dia cerdik macam Pak Pandir' dan nasibnya baik seperti Lebai Malang. Sinonim katakresis .
socialist revolutionrevolusi sosialisSains PolitikPolitik PerbandinganSalah satu bentuk revolusi dalam sejarah revolusi. Revolusi ini merupakan sebahagian daripada sejarah materialisme menurut idea Marx. Revolusi sosialis merupakan salah satu tahap yang akan dilalui oleh masyarakat sebelum mencapai tingkat revolusi komunis. Marx memberi gambaran bahawa masyarakat berubah daripada tahap primitif melalui beberapa tahap kepada tahap komunis. Menurut Marx, revolusi akan berlaku apabila tingkat eksploitasi oleh golongan kapitalis terhadap golongan pekerja mencapai tahap yang serius, lalu membawa kepada penentangan golongan buruh terhadap golongan kapitalis. Namun begitu, ramalan Marx ini tidak menjadi realiti.
phenogramfinogramBioinformatikBioinformatik MolekulSalah satu daripada jenis dendrogram. Setiap takson mempunyai panjang cabang yang tidak sama. Nod luar bagi setiap takson berada pada paras yang sama untuk menggambarkan persamaan antara mereka secara keseluruhan dan tidak menggambarkan hubungan evolusi. Pepohon ini digunakan untuk menggambarkan persamaan takson dalam satu kelompok tanpa mengambil kira hubungan evolusi.
1234567

Kembali ke atas