Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
parochialparokialSains PolitikPolitik PerbandinganSifat budaya politik yang lemah atau tidak matang. Budaya politik ini menggambarkan persaingan dan penyertaan yang rendah dalam masyarakat. Anggota masyarakat bersifat pasif, tidak berminat dan tidak mengambil tahu tentang perkembangan politik negaranya. Mereka lebih banyak menumpukan perhatian kepada kehidupan seharian dan bersifat apati dengan politik masyarakatnya. Mereka tidak mengharapkan sesuatu output daripada kerajaan dan tidak juga memberi sebarang input bagi mempengaruhi kerajaan. Masyarakat ini biasanya mempunyai taraf pendidikan, ekonomi dan kualiti hidup yang rendah. Kebanyakan negara di Afrika masih memiliki budaya politik yang parokial. Sinonim pemikiran sempit.
claustrophobiaklaustrofobiaKesusasteraanTiadaTidak normal, berada dalam suasana fikiran yang sempit dan tertutup.
affordancekebolehmampuanSains SukanBiomekanikKeterhadan terhadap perlakuan yang boleh dibenarkan dengan merujuk pertalian yang wujud antara persekitaran dengan lakuan motor. Contohnya, dalam terowong yang sempit, yang hanya membolehkan seseorang merangkak kerana keadaan persekitaran tersebut tidak membenarkan perlakuan lain, seperti berlari.
cold shutlitup sejukTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikKetakselanjaran yang terbentuk disebabkan oleh dua logam lebur bertemu dalam rongga acuan, tetapi tidak melakur. Hal ini terjadi kerana kebendaliran logam lebur yang rendah atau laluan yang sempit.
type II vascular bundleberkas vaskular jenis IIBuluhTiadaBerkas vaskular yang mempunyai selaput serabut tidak bersimetri dan salah satu sisinya terletak pada bahagian protoxilem, bersaiz lebih besar dan berbentuk seperti kipas. Berkas vaskular jenis II hanya ditemukan dalam buluh simpodial. Sinonim berkas vaskular jenis sempit tengah.
civil societymasyarakat sivilSains PolitikPolitik PerbandinganMasyarakat yang memiliki ruang penyertaan antara pemerintah dengan orang ramai. Ruang tersebut bertindak sebagai medan aksi atau interaksi antara kedua-duanya. Penyertaan masyarakat mempunyai pelbagai sifat sama ada secara individu dengan pemerintah seperti aktivis sosial dan organisasi dengan pemerintah atau organisasi bukan kerajaan (NGO). Interaksi ini melahirkan ciri-ciri aksi yang bersifat pengaruh mempengaruhi, tawar-menawar, desakan dan gesaan, manipulasi, timbal-balik dan imbang-mengimbangi khususnya dari sudut ideologi politik, penyuaraan kepentingan, pelaksanaan dasar dan juga persaingan politik. Masyarakat yang mempunyai aksi atau interaksi dengan pemerintah yang seimbang dalam ruang ini dikatakan sebagai masyarakat yang demokratik. Sementara negara yang ruang aksinya dikuasai oleh pemerintah diklasifikasikan sebagai tidak demokratik. Contohnya, ruang aksi antara rakyat dan pemerintah di Singapura adalah sempit dan dikawal oleh pemerintah.

Kembali ke atas