pathetic fallacy | kekeliruan rasa hiba | Kesusasteraan | Tiada | Konsep yang menentang penggunaan kaedah personifikasi dalam sastera. Menurut konsep ini, perasaan dan aksi manusia dikaitkan dengan objek alam semula jadi. Istilah ini digunakan untuk membicarakan secara umum, sentimentaliti yang diakibatkan oleh pembicaraan keterlaluan mengenai alam semula jadi dalam karya kreatif. Dalam konteks penggunaan kaedah ini, emosi manusia (daripada perkataan Yunani pathos yang bermaksud perasaan) diberikan kepada alam semula jadi dan kepada benda yang tidak bernyawa. Penyajak kerap menggunakan kaedah ini dalam sajak mereka. John Ruskin, seorang penulis bahasa Inggeris pada abad ke-19, mencetuskan idea ini dalam bukunya bertajuk Modern Painters. Beliau berpendapat, kaedah ini dapat menghasilkan emosionalisme palsu dalam kalangan manusia terhadap keadaan sekelilingnya. Contohnya, Ruskin tidak menyukai cara Coleridge, seorang penyajak berbangsa Inggeris yang membicarakan tentang dedaun yang menari. Bagi Ruskin, konsep ini salah kerana pada hakikatnya daun tidak boleh menari. |
biodegradable | terbiodegradasi | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Keupayaan sesuatu bahan untuk mereput secara semula jadi dan tidak membahayakan alam sekitar, contohnya bioplastik. |
naturally occurring substance | bahan semula jadi | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Bahan daripada tumbuhan, haiwan atau mineral dalam pelbagai bentuk seperti bahan kasar, ekstrak, minyak meruap dan sediaannya yang melibatkan proses pemeringkatan, pemencilan atau pemekatan, tidak termasuk bahan kimia yang terpencil. |
resin | resin | Herba | Pemiawaian | Campuran sebatian asid karboksilik, minyak pati dan sebatian semula jadi lain yang tidak larut air. Pada umumnya, campuran ini mempunyai bau yang kuat, tetapi beraroma. Resin boleh didapati dalam rizom halia (Zingiber officinale). |
neutral mutation | mutasi neutral | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Mutasi yang berlaku dalam populasi genetik dan tidak dipengaruhi oleh pemilihan semula jadi. Mutasi ini tidak memberi kesan kepada kebolehupayaan sesuatu organisma untuk bermandiri dan menghasilkan keturunan. |
lipid | lipid | Herba | Pemiawaian | Sebatian organik semula jadi yang mempunyai keterlarutan dalam air yang terhad atau terbatas dan boleh diekstrak daripada herba dengan menggunakan pelarut organik yang tidak berkutub, seperti heksana dan kloroform. Lipid terbahagi kepada dua jenis, iaitu terhidrolisis seperti jenis lelemak dan minyak, dan tidak terhidrolisis seperti sterol dan lilin. Contohnya, kandungan lipid yang terdapat di 41 dalam biji selasih (Ocimum basilicum), buah dan daun gajus (Anacardium occidentale). |
isokinetic contraction | penguncupan isokinetik | Sains Sukan | Biomekanik | Penguncupan yang melibatkan peningkatan ketegangan yang sama di sepanjang julat pergerakan. Penguncupan isokinetik tidak berlaku secara semula jadi tetapi dihasilkan dengan menggunakan peralatan yang mengawal halaju pergerakan tersebut. Contohnya, penguncupan isokinetik berlaku ketika fisioterapi atau ketika menggunakan peralatan khusus di gimnasium. |
colouring agent | agen pewarna | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Bahan kimia atau bahan semula jadi yang digunakan untuk menambah warna atau mewarnai sesuatu produk herba. Penggunaan agen pewarna dalam produk kosmetik herba bergantung pada kegunaannya dan dikategorikan kepada empat, iaitu: i. agen pewarna yang dibenarkan dalam semua produk kosmetik; ii. agen pewarna yang dibenarkan dalam semua produk kosmetik kecuali yang bertujuan untuk diterapkan pada sekitar mata khususnya mekap mata dan pelucut mekap mata; iii. agen pewarna yang dibenarkan dalam produk kosmetik khusus untuk yang tidak bersentuhan dengan membran mukus; dan iv. agen pewarna yang dibenarkan dalam produk kosmetik khusus untuk yang bersentuhan sementara dengan kulit. |
eddy | pusar | Sains Marin | Tiada | Aliran bendalir berpusing yang berlaku apabila aliran bergolak disebabkan wujud halangan atau objek. Fenomena ini secara semula jadi diperhatikan berlaku di sebalik batu besar yang berada di sungai yang arusnya mengalir deras. Terdapat ruang yang tidak mempunyai aliran ke hilir di belakang halangan menyebabkan air mengalir balik ke dalam ruang kosong lalu membentuk pusaran kecil di pinggir halangan. |
storm surge | pusuan ribut | Sains Marin | Tiada | Pergerakan ombak ke hadapan atau menaik secara kuat yang berlaku secara tiba-tiba akibat tenaga semula jadi seperti air pasang. Lonjakan ini akibat kenaikan yang tidak normal dalam aras air laut yang berlaku ketika ribut yang diukur sebagai ketinggian air melebihi ramalan arus astronomi biasa. Lonjakan ini juga mendorong air laut naik ke darat. |