Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Terbang burung di balik awan,
     Di pohon keduduk tempat berhenti;
Tidak tertahan menanggung badan,
     Dari hidup biar kumati.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Bersawah sepiring tidak,
     'kan tempat sepasin bertanya.

Bermaksud :

Kemiskinan yang amat sangat. sepasin = binatang yang akan menjadi sepatung.

 

Lihat selanjutnya...(21)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
aerial work platform (AWP)pelantar kerja udaraKejuruteraanTiadaPeranti mekanikal yang digunakan secara sementara untuk membawa orang atau barang ke tempat yang tidak boleh diakses, biasanya tempat tinggi.
absent voterpengundi tak hadirSains PolitikPolitik PerbandinganIndividu yang mendaftar sebagai pemilih tetapi tidak menghadirkan diri di tempat pembuangan undi. Keadaan ini juga disebut sebagai pengundi yang tidak kisah politik atau tidak suka politik. Fenomena pengundi tidak hadir ini wujud dalam konteks sistem demokrasi seperti Amerika Syarikat, Great Britain, Perancis dan Kanada. Contohnya, setiap kali pilihan raya Presiden Amerika Syarikat diadakan, jumlah pengundi tidak hadir sekitar 43 peratus semenjak 1966. Hal ini berbeza dengan fenomena yang diamalkan di negara sedang membangun yang jumlah pengundi tidak hadir adalah rendah.
perishabilitylepas peluangPelanconganTiadaKeadaan apabila bilik atau tempat duduk tidak dapat dijual dan mengakibatkan pengusaha kehilangan pendapatan.
misdemeanourkesalahan ringanKriminologiKeadilan JenayahPerbuatan yang dianggap salah atau tidak boleh diterima dalam masyarakat tetapi tidak tergolong sebagai kesalahan serius. Contohnya, perbuatan membuang sampah di merata-rata tempat atau meludah di tempat awam.
confusionkekeliruanPerubatanPsikiatriKeadaan yang dicirikan oleh kecelaruan fikiran secara tiba-tiba sehingga menyebabkan pesakit tidak dapat mengingati tempat, masa dan tidak mengenali orang lain.
workplace victimizationpemangsaan tempat kerjaKriminologiKeadilan JenayahKeadaan seseorang pekerja yang menjadi mangsa secara fizikal atau bukan fizikal di tempat kerja yang menggugat kesejahteraan atau prestasi pekerja tersebut. Contohnya, membuli di tempat kerja, gangguan seksual dan mendedahkan pekerja kepada bahaya yang tidak wajar.
acute confusionkeliru akutKejururawatanTiadaKeadaan yang dicirikan oleh kecelaruan fikiran secara tiba-tiba hingga menyebabkan pesakit tidak dapat mengingati tempat, masa dan tidak mengenali orang.
sceneadeganKesusasteraanTiadaBahagian kecil dalam babak yang memaparkan aksi berurutan dalam satu latar tempat yang tidak berubah.
septic tanktangki najisPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaTangki pengumpulan kumbahan yang dibina di tempat yang tidak ada sistem pembetungan.
personal hygienekebersihan diriHerbaTiadaAmalan penjagaan kesihatan dan kebersihan diri, tempat tinggal dan tempat kerja. Amalan ini memastikan individu dan kawasan tersebut bebas daripada mikroorganisma dan menghindarkan sebarang jangkitan penyakit. Contoh amalan penjagaan kebersihan diri termasuk membasuh tangan, menggunakan sarung tangan dan topeng mulut, tidak batuk dan bersin secara terbuka dan membuang tisu terkontaminasi ke dalam tong sampah khas. Menurut Amalan Pengilangan Baik, personel perlu dilatih untuk menjaga kebersihan diri dan mesti memakai pakaian perlindungan lengkap seperti sarung tangan, topi, topeng, baju luar dan kasut khas semasa berada dalam kawasan pengeluaran. Personel yang sedang mengalami penyakit berjangkit atau penyakit kulit tidak dibenarkan bekerja di dalam kawasan pengeluaran.
123456

Kembali ke atas