logorrhea | logorea | Kesusasteraan | Tiada | Ujaran dalam karya sastera yang menggunakan perkataan yang sukar, tidak tersusun, berbelit-belit, berulang-ulang serta tunggang terbalik. Ujaran ini biasanya ditemui dalam karya puisi dan prosa. Lagorea berasal daripada perkataan Yunani logorrhea yang bermaksud perkataan �pengaliran atau luahan perkataan�. |
ionic liquid | cecair berion | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Garam berbentuk cecair yang mengandungi ion yang tidak tersusun dan mengakibatkan pelarut berada dalam keadaan cair di bawah suhu 100°C atau suhu bilik. |
amorphous | amorf/amorfus | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Pepejal bukan hablur yang atomnya tidak tersusun secara berkala. Contoh pepejal amorfus ialah kaca tingkap, gel, filem tipis, dan bahan-bahan nano struktur seperti kaca. Sinonim pepejal amorfus, pepejal tidak berhablur. |
stream of consciousness | aliran kesedaran | Kesusasteraan | Tiada | Teknik naratif yang mendedahkan segala isi dan aktiviti dalaman minda watak pada semua tahap kesedaran untuk menggambarkan alirannya yang tidak tersusun dan tidak berkesinambungan. Isi dan aktiviti tersebut termasuklah yang berbentuk memori, persepsi indera, emosi dan renungan. Tujuan teknik ini adalah untuk menyerlahkan imej, perasaan dan pemikiran yang melintasi minda watak tanpa mementingkan logik nahu. Justeru, rakan pemikiran dan perasaan watak muncul sebagai pengaliran yang tidak diaturkan. Walau bagaimanapun, seseorang pengarang masih boleh menstrukturkan asosiasi yang seolah-olah rambang demi memperkaya persoalan dan wawasan yang ingin diterokai. Contohnya, novel Ulysses oleh James Joyce mendedahkan pemikiran dan perasaan protagonisnya, iaitu Leopold bloom. Walau bagaimanapun, struktur dan makna masih boleh ditemui apabila Joyce menggunakan mitos Yunani tentang pengembaraan watak Ulysses untuk menggarap lapisan dalam Leopold Bloom. Berbeza dengan Joyce yang menggunakan mitos Yunani, Virginia Woolf dalam karyanya To the Lighthouse pula mementingkan ulangan imej dominan dalam memerikan lapisan dalaman watak untuk menimbulkan pada puitis. Frasa stream of consciousness dicipta oleh Willian James dalam bukunya Principles of Psychology (1890). Teknik ini dipelopori oleh Dorothy Richardson dalam novelnya yang berjumlah 12 jilid berjudul Pilgrimage (1915-1967), dan oleh James Joyce dalam Ulysses (1922). Teknik ini dimantapkan lagi oleh Virginia Woolf dalam Mrs. Dalloway (1925) dan oleh William Faulkner dalam The Sound and the Fury (1928). Contoh penggunaan teknik aliran kesedaran dalam kesusasteraan Melayu ditemui dalam cerpen �Igau� oleh Shahnon Ahmad. Dalam cerpen ini, Shahnon merakamkan perasaan dan pemikiran watak protagonis untuk mendedahkan rasa keterasingan, kesunyian, dan ketidaktentuan semasa di perantauan. Istilah ini dikenali juga sebagai arus kesedaran. |
absurd | absurd | Kesusasteraan | Tiada | Aliran pemikiran yang menegaskan bahawa kehidupan manusia tidak bermakna, tidak rasional, tidak berguna dan tidak logik. Pemikiran ini terserlah dalam karya sastera, teater, dan seni tampak yang diekspresikan dalam bentuk ekspresionisme, surealisme, dan absurdisme. Konsep absurd boleh disusurgalurkan dengan falsafah eksistensialisme yang dipelopori pemikir seperti Soren Kierkegaard dari Jerman, serta albert Camus dan Jean-Paul Sartre dari Perancis yang memberikan penekanan kepada kewujudan hidup. Contohnya, drama absurd memaparkan watak yang bergelut untuk mencari tatanan (aturan) dan tujuan hidup dalam situasi yang tidak rasional dan tidak dapat difahami. Ceritanya tidak ada kesinambungan, watak-wataknya bergerak tanpa motivasi, dan bahasanya tidak tersusun. Contoh karya absurd dalam kesusasteraan Barat ialah Ulysses oleh James Joyce, Metamorphosis dan The Castle oleh Franz Kafka. Drama absurd yang terkenal ialah Waiting for Godot oleh Samuel Beckett. Contoh dalam kesusasteraan Mel ayu ialah novel Sampah oleh Shahnon Ahmad, novel Kering oleh Iwan Simatupang, dan drama Bukan Bunuh Diri oleh Disman. Absurd berasal daripada perkataan Latin absurdum yang bermaksud �sesuatu yang bertentangan� atau �tidak harmoni�. |
nested nanotube | nanotiub bersarang | Fizik | Nanoteknologi | Nanotiub yang strukturnya berbilang dinding dan tersusun secara sepaksi. Proses pembentukannya tidak melibatkan penggunaan mangkin, seperti kobalt, nikel atau besi sebagaimana yang digunakan untuk pembentukan nanotiub dinding tunggal. Nanotiub ini digunakan sebagai elektrod dalam superkapasitor dan bateri. |
Blyxa sp. | Blyxa sp. | Perikanan | Akuakultur | Tumbuh-tumbuhan dalam kategori tumbuhan tenggelam yang tidak mempunyai batang. Tumbuh-tumbuhan ini mempunyai daun yang panjang berbentuk seperti pedang dan tersusun dalam bentuk roset. Jenis-jenis Blyxa sp. termasuklah Blyxa alternifolius, Blyxa aubertii dan Blyxa japonica. |
furan | furan | Fizik | Nanoteknologi | Sebatian organik yang struktur asasnya terdiri daripada satu atom oksigen dan empat atom karbon tersusun seperti gelang. Molekul furan yang paling ringkas ialah cecair yang toksik yang tidak berwarna dengan suhu didih 32?C, mudah terbakar, dan tidak larut dalam air tetapi larut dalam alkohol atau eter. Furan dihasilkan melalui proses penyulingan kayu, terutamanya kayu pain. |
metaphor | metafora | Kesusasteraan | Puisi | Gaya bahasa kiasan atau perbandingan. Sifat gaya bahasa ini ringkas, padat, tersusun rapi dan biasanya terdiri daripada dua perkataan. Satu daripada perkataan itu bersifat konkrit, iaitu nyata dan menjadi objek untuk difikirkan. Satu perkataan lagi bersifat abstrak (mujarad), iaitu tidak nyata, yang menjadi pcmbanding. Contohnya, 'perahu waktu' dan 'di laut umur' dari puisi "Ke Pelabuhan Jauh" karya A. Wahab Ali. |
linear porosity | keliangan lelurus | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Kehadiran rongga bulatan yang tersusun pada satu garis lurus disebabkan oleh gas yang terperangkap semasa proses pemejalan kimpalan. Kewujudan gas ini disebabkan oleh kehadiran bahan kotor yang asas seperti kelembapan pada permukaan kimpalan, perlindungan yang tidak betul semasa proses kimpalan, atau teknik kimpalan yang tidak sempurna. |