Auger electron spectroscopy | spektroskopi elektron Auger | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Kaedah untuk menentukan komposisi kimia pada bahagian permukaan sesuatu bahan/sampel, dengan cara menganalisis tenaga elektron Auger yang dipancarkan daripada permukaan bahan/sampel tersebut. Contoh penentuan komposisi timah dan oksigen di dalam timah oksida(SnO2). |
German silver | perak Jerman | Kesenian | Hiasan Dalaman | Besi aloi yang dikenali sebagai perak nikel, hasil campuran tembaga, timah dan nikel. Bahan ini tahan karat dan boleh ditempa atau dilentur. |
coated ring | gelang bersalut | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Gelang omboh yang diselaputi ferus oksida, fosfat lembut atau timah untuk menetapkan kedudukannya pada permukaan dinding silinder. |
tangible goods | barang ketara | Ekonomi | Tiada | Barang yang ada bentuk fizikal, yang dapat dilihat dan dirasa. Misalnya, getah, kelapa sawit, dan timah. Barang ketara terbahagi kepada barang tahan lama, seperti peti sejuk dan kereta, dan barang tak tahan lama, seperti makanan. |
placer deposit | mendapan plaser | Sains Marin | Tiada | Jisim kelikir, pasir atau bahan yang serupa hasil penghakisan batuan pepejal dan mengandungi zarah atau ketulan emas, platinum, timah atau mineral bernilai yang lain yang berasal daripada batuan atau telerang. |
Chelsea porcelain | porselin Chelsea | Kesenian | Hiasan Dalaman | Tembikar yang dibuat di Chelsea, England dan mula terkenal pada tahun 1743. Pada asalnya, tembikar ini diperbuat daripada bancuhan lembut, yang terdiri daripada timah oksida. |
Boulle marquetry | tatahan Boulle | Kesenian | Hiasan Dalaman | Teknik perhiasan tatah dalam yang diperkenalkan oleh tukang tatah Perancis bernama Andre Charles Boulle pada abad ke-17. Perhiasan tatah dalam diperbuat daripada marmar, timah, tembaga atau mutiara yang membentuk corak, reka bentuk dan gambar. |