Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tim.ba.ngan] | تيمبڠن

Definisi : 1. imbangan, banding, tara; 2. alat utk menimbang (spt dacing dll); 3. hasil menimbang, (ukuran) berat: harga ditetapkan menurut berat ~ dacing; kalau alat menim­bang tidak baik, ~ yg tepat tidak akan diper­oleh; 4. = pertimbangan fikiran (pendapat) yg memperhitungkan buruk baik dll sesuatu: undang-undang hanyalah membuat ~ yg adil dan saksama antara hak seseorang dgn hak awam; bagaimana ~nya apa pendapat­nya (nasihatnya); terserah kpd ~nya sendiri ia sendiri yg harus memikirkan dan memutus­kannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tim.ba.ngan] | تيمبڠن

Definisi : 1 hasil menimbang; imbangan: ~nya tidak tepat kerana alat penimbang itu rosak. 2 fikiran atau renungan ttg baik buruk sesuatu perkara dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Murah di mulut,
     mahal di timbangan.

Bermaksud :

Banyak janji, sedikit saja yang ditepati; mudah menyebut, tetapi sukar mengerjakannya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
jinglejingelKesusasteraanTiadaRangkap beritma yang berulang-ulang dalam puisi seperti ritma timbangan. Jingel dianggap sebagai puisi yang kurang bermutu. Kini, jingel digunakan sebagai salah satu bentuk pengiklanan menjual produk.
nazamnazamKesusasteraanTiadaBentuk puisi Melayu tradisional yang setiap rangkapnya terdiri daripada dua baris mengikut gaya timbangan syair Arab. Setiap baris itu mempunyai persamaan bunyi di hujungnya. Secara umumnya, puisi ini tidak begitu popular dalam kalangan alim ulama. Mereka mencipta nazam dengan melagukannya sebagai puji-pujian, khususnya terhadap Nabi Muhammad SAW. Contohnya, sebahagian daripada nazam �Pujio� atau Jawahir Sunniah oleh A.H. Edrus (Persuratan Melayu 2, 1960): Muhammad yang dibangkitkan akan dia, Dengan surah tauhid Tuhan yang sedia. Pada masa sangat umum syiriknya, Dengan sebab sangat banyak jahilnya. Maka menunjuklah ia akan kita, Dengan bujuk lagi nasihat yang nyata. Tunjuk pula hingga perang dengan pedang, Maka nyatalah agama putih terang. Mudah-mudahan membalas akan dia, Dengan baik bagi pihak yang mulia. Istilah nazam berasal daripada bahasa Arab nazm yang bermaksud �susunan�.

Kembali ke atas