Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tim.bu.nan] | تيمبونن

Definisi : 1. tompokan, longgokan: ~ sampah sarap; 2. barang-barang yg ditimbun­kan; 3. tempat menimbun; 4. ki jumlah atau him-punan kerja dsb yg perlu diuruskan yg sudah terlalu banyak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tim.bu.nan] | تيمبونن

Definisi : 1 sesuatu yg ditimbunkan; longgokan; tompokan. 2 tempat menimbunkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Adat teluk timbunan kapal (= kapar).

Bermaksud :

Orang yang berpangkat atau berpengaruh biasanya menjadi tempat tumpuan orang mengadukan halnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Adat lurah timbunan sarap). kapar = kayuan yang hanyut di sungai dan sebagainya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
icingaisingGeografiTiadaTimbunan mendapan ais di permukaan objek-objek yang terdedah.
shoalbetingSains MarinTiadaKawasan timbunan pasir atau lumpur yang panjang yang terdapat di sungai atau pinggir laut yang biasanya timbul dan terdedah di atas permukaan air semasa air surut.
angle of reposesudut tenangSains MarinTiadaSudut cerun maksimum yang dibentuk oleh timbunan bahan peroi yang tidak membolehkan berlakunya gelinciran, gelongsoran atau gulingan.
backpressuretekanan balikanKejuruteraan AutomotifEnjinTekanan yang terjadi dalam pancarongga ekzos dan sistem ekzos. Tekanan ini terjadi apabila sebarang bahagian ekzos terhalang dan aliran gas ekzos tidak dapat keluar dengan sempurna. Contoh halangan ialah penukar bermangkin tidak berfungsi atau tamat jangka hayat, paip yang kemek dan timbunan serbuk karbon dari pembakaran yang tidak sempurna. Kesan tekanan balikan yang lebih tinggi akan mengurangkan kecekapan isi padu.

Kembali ke atas