levanter | levanter | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Angin berlengas tinggi di Selat Gibraltar dan di pantai timur Sepanyol. Angin ini bertiup dari arah timur atau timur laut dengan adanya tekanan tinggi di Eropah Tengah dan tekanan rendah di barat daya Mediterranean. Angin ini lebih kerap dan paling kencang dari bulan Oktober hingga Disember, dan Februari hingga Mei, dan berterusan dari dua hingga tiga hari. |
harmattan | harmatan | Geologi | Tiada | Angin panas, kering, dan berdebu dari timur atau timur laut yang bertiup di Afrika Barat terutamanya dari akhir November hingga pertengahan Mac. |
kossava | kosava | Sains | Hidrometeorologi | Angin sejuk berbadai yang turun dari timur atau timur laut di kawasan �Iron Gate� Danube merentasi Carpathia, menganjur ke barat ke Belgrade; dari situ angin itu bertiup ke utara hingga ke perbatasan Rumania dan Hungary dan ke selatan hingga ke Nish. Dalam musim sejuk angin ini menurunkan suhu ke aras bawah daripada �20oF dan angin ini sejuk walaupun pada musim panas, apabila ia juga berdebu. Ia biasanya terjadi bersama tekanan rendah di Adriatik dan tekanan tinggi di selatan Russia, dan merupakan keadaan yang sering terdapat pada musim sejuk. |
khamsin | khamsin | Sains | Hidrometeorologi | Angin gurun yang panas, biasanya berdebu dan kering, di Mesir dan Laut Merah. Selalunya ia bertiup dari selatan atau tenggara dan terjadi di hadapan tekanan rendah yang bergerak ke timur merentasi Afrika Utara atau tenggara Mediterranean. Khamsin yang tebal berlaku pada musim bunga dengan tekanan rendah bergerak ke arah timur-timur laut merentasi utara Sahara. Angin ini didahului oleh gelombang haba yang berkekalan selama tiga hari dan diikuti ribut debu. Laluan tekanan rendah dicirikan oleh suatu perenggan sejuk yang membawa udara Mediterranean dan menyebabkan jatuhan suhu yang mengejut. |
northeast monsoon | monsun timur laut | Geografi | Tiada | Angin monsun timur laut yang terbentuk bila berlaku sistem tekanan tinggi di tanah besar Asia Timur dan tekanan rendah di bahagian selatan Asia dan oleh itu wujud satu gradien tekanan. |
khamsin | khamsin | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Angin gurun yang panas, biasanya berdebu da kering, di Mesir dan Laut Merah. Selalunya angin ini bertiup dari selatan atau tenggara dan terjadi di hadapan tekanan rendah yang bergerak ke timur merentasi Afrika Utara atau tenggara mediterranean. Khamsin yang tebal berlaku pada musim bunga dengan tekanan rendah bergerak ke arah timur-timur laut merentasi utara Sahara. Angin ini didahului oleh gelombang haba yang berkekalan selama tiga hari dan diikuti ribut debu. Laluan tekanan rendah bercirikan suatu perenggan sejuk yang membawa udara Mediterranean dan menyebabkan jatuhan suhu yang mendadak. |
harmattan | harmatan | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Angin kering yang membawa debu yang bertiup dari arah timur laut atau timur yang merentasi Afrika Barat, terutama pada akhir bulan November hingga pertengahan Mac. |
orientalism | orientalisme | Kesusasteraan | Tiada | Konsep dunia Timur seperti yang dirakamkan, digambarkan, dibayangkan dan diciptakan oleh Eropah dan dunia Barat. Dalam bidang sastera, orientalisme merujuk kepada wacana Barat mengenai Timur dalam pelbagai disiplin teks sebagai usaha Barat untuk memberikan penerangan dan interpretasi mereka terhadap konsep �Timur� bikinannya sendiri. Di sebalik usaha ini, Barat ingin menguasai kawasan geografi yang luas dan kompleks ini melalui ilmu epistemologi. Strategi penguasaan melalui wacana ini dibongkar dan dianalisis oleh Edward Said dalam bukunya Orientalism (1978) yang dianggap titik permulaan kaedah kritikan pascakolonial. Walau bagaimanapun, orientalisme dalam bentuk wacana bermula pada Zaman Pertengahan melalui teks kembara (Travel Writings) yang menimbulkan minat Barat terhadap Timur. Keadaan ini diikuti oleh fenomena perkembangan empayar Islam pada kurun ke-17 dan ke -18 yang membawa pelbagai cerita, antaranya Hikayat Seribu Satu Malam dari Timur Tengah. Kemuncak orientalisme pada kurun ke-19 dan ke-20 be |
haar | har | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Nama tempatan bagi kabut laut atau gerimis yang halus yang datang dari laut di kawasan pantai timur Scotland dan timur laut England. Har kerap terjadi pada musim panas. |
warm front wave | gelombang perenggan panas | Sains | Hidrometeorologi | Lekukan gelombang sekunder yang terbentuk pada suatu perenggan tambahan di suatu titik yang agak jauh, lebih kurang 1500 km, dari lekukan induk. Selepas terbentuk, ia bergerak dengn cepat ke timur atau timur laut menjauhi lekukan induk. Lekukan jenis ini, jarang-jarang menjadi dalam tetapi bertanggungjawab terhadap peluasan penyebaran dan kelebatan kerpasan perenggan panas. Pembentukannya mungkin dibantu sama ada oleh herotan perenggan yang disebabkan oleh banjaran bukit atau oleh gerakan ke arah suatu genting. |