tin plate | plat timah | Kimia | Tiada | Kepingan keluli atau logam lain yang disalut dengan lapisan nipis timah, biasanya sebanyak 1.5% timah, melalui proses penyalutan celup, pengelektrosaduran dan perendaman. Plat timah ini digunakan untuk membuat tin kerana timah tahan kakis. |
canning | pengetinan | Kejuruteraan | Tiada | 1. Proses menyimpan dan mengawet makanan di dalam tin supaya tidak busuk dan mudah dipasarkan. 2. Proses menyalut bahan api |
spray painting | cat sembur; lukisan sembur | Kesenian | Tiada | 1. Pengecatan yang dibuat dengan menggunakan alat sembur atau tin aerosol.,2. Lukisan cat yang dilukis dengan cara menyembur cat. |
extensible markup language (XML) | bahasa penanda tambahan (XML) | Teknologi Maklumat | Perisian | Bahasa yang membolehkan pengguna mentakrifkan elemennya sendiri sesuai dengan namanya sebagai bahasa tambahan. Penggunaan bahasa ini adalah untuk membantu sistem maklumat berkongsi struktur data terutamanya melalui internet. Bahasa ini juga digunakan untuk mengekod dokumen dan menyirikan data. Bahasa ini merupakan subset bagi bahasa penanda teritlak piawai (SGML). Contoh dokumen XML yang berstruktur adalah seperti yang berikut: Basic bread Flour Yeast Water 1" unit="teaspoon">Salt Mix all ingredients together. Knead thoroughly. Cover with a cloth, and leave for one hour in warm room. Knead again. Place in a bread baking tin. |