sliding vector | vektor gelangsar | Mekanik | Gunaan | Vektor yang boleh dialih, atau digelangsar, di sepanjang garis tindakannya tanpa mengubah kesan luar tindakannya. Vektor ini boleh diletakkan di sebarang titik pada garis tindakannya untuk memudahkan analisis. Dalam analisis mekanik, semua daya yang bertindak pada jasad tegar boleh diambil kira sebagai vektor gelangsar. |
parallel force | daya selari | Kejuruteraan | Tiada | Daya yang garis tindakannya selari dengan garis tindakan suatu daya rujukan, sama ada hala tindakannya sama atau berlawanan dengan hala tindakan daya rujukan itu. |
parallel force | daya selari | Mekanik | Gunaan | Daya yang garis tindakannya selari dengan garis tindakan suatu daya rujukan, sama ada hala tindakannya sama atau berlawanan dengan hala daya rujukan itu. Lihat juga sistem ddaya selari. |
parallel force system | sistem daya selari | Mekanik | Gunaan | Sistem daya yang terdiri daripada daya-daya yang garis tindakannya semuanya selari di antara satu dengan yang lain. Magnitud daya paduan bagi sistem ini ialah hasil tambah algebra bagi magnitud daya-daya dalam sistem itu; garis tindakannya diperoleh dengan mengenakan dua komponen prinsip momen di sekitar paksi-paksi yang serenjang dengan daya-daya itu. |
methacholine | Methacholine | Perubatan | Tiada | Drug yang tindakannya serupa seperti asetilkolina dan digunakan seperti bromida dan klorida. |
galvanoscope | galvanoskop | Kimia | Tiada | Galvanometer yang tindakannya bergantung pada pemesongan jarum magnet dalam arus magnet yang terhasil oleh arus elektrik yang hendak dikesan. |
sympathomimetic | simpatomimetik | Farmasi | Tiada | Suatu drugyang tindakannya sama dengan tindakan rangsangan terhadap sistem saraf simpatetik. |
antagonistic muscle | otot antagonis | Perubatan | Tiada | Otot yang tindakannya berlawanan dengan tindakan suatu otot yang lain, misalnya ekstensor dan fleksor. |
compressive force | daya mampatan | Mekanik | Gunaan | Daya yang tindakannya cenderung untuk menyusutkan dimensi jasad yang ditindaknya. Dalam analisis kekuda, misalnya, keadaan sesuatu anggota ditentukan oleh tabiat daya dalam yang bertindak pada anggota itu, iaitu sama ada daya tegangan atau mampatan. Daya mampatan menyebabkan anggota berapa dalam keadaan mampat. |
point load | beban titik | Kejuruteraan | Tiada | Beban yang kawasan tindakannya adalah titik yang luasnya boleh abai. Sinonim: beban terpumpun. |