lullaby | dodoi | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang diciptakan khusus untuk dinyanyikan atau didendangkan. Bertujuan untuk menidurkan anak kecil sama ada dalam buaian ataupun di pangkuan ibu. Contohnya, Timang tinggi-tinggi, Sampai cucur atap; Belum tumbuh gigi, Sudah pandai baca kitab. |
high pressure safety injection (HPSI) system | sistem suntikan keselamatan bertekanan tinggi | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Sistem keselamatan yang berfungsi untuk menambah bahan penyejuk pada tekanan tinggi ke dalam sistem penyejukan reaktor akibat kebocoran kecil apabila susutan tekanan adalah kecil. |
Frenkel exciton | eksiton Frenkel | Fizik | Nanoteknologi | Pasangan elektron lohong (eksiton) yang terdapat dalam bahan yang pemalar dielektriknya kecil sehingga menyebabkan daya tarikan Coulomb antara elektron dengan lohong menjadi sangat tinggi. Daya tarikan ini menyebabkan eksiton menjadi lebih kecil sehingga menyamai saiz satu unit sel hablur. Oleh itu, eksiton ini dapat berada dalam sel hablur yang sama. |
electron microscope | mikroskop elektron | Fizik | Nanoteknologi | Peranti yang menggunakan elektron sebagai sumber yang mampu membesarkan objek kecil, dengan kuasa peleraian yang tinggi dengan pembesaran dapat mencapai sehingga 500 000 kali ganda atau melebihi dua juta kali bagi sesetengah mikroskop elektron moden. Mikroskop ini digunakan untuk memeriksa bahan biologi, seperti mikroorganisma dan sel, struktur logam dan hablur serta pencirian pelbagai permukaan. |
low profile tyre | tayar susuk rendah | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Tayar lebar yang mempunyai nisbah tinggi tayar dengan lebar tayar yang kecil. |
continuous gas lift | angkat gas berterusan | Kejuruteraan | Tiada | Salah satu kaedah angkat gas. Dalam kaedah ini sejumlah kecil isi padu gas yang bertekanan tinggi disuntikkan secara terus menerus ke dalam tetiub atau selongsong. Penyuntikan ini dilakukan melalui injap-injap yang dipasang pada tetiub. Tujuan penyuntikan ialah untuk meringankan terus bendalir sehingga tekanan dasar telaga berkenaan akan turut berkurangan. Dengan demikian akan dihasilkan perbezaan tekanan yang cukup besar di antara formasi berpenghasilan dengan dasar telaga sehingga mengakibatkan telaga yang berkenaan boleh berpenghasilan pada kadar alir yang dikehendaki. Sinonim: angkat gas aliran berterusan. |
euphasid | eufasid | Sains Marin | Tiada | Kumpulan krustasia yang bersaiz kecil dan dikenali sebagai kril. Eufasid merupakan komponen penting dalam ekosistem marin kerana bertindak sebagai penghubung antara penghasil primer dan organisma pada aras trofik lebih tinggi. Eufasid menjadi makanan kepada berbagai-bagai lapisan organisma pengguna seperti ikan, udang, sotong, burung, malahan haiwan yang paling besar seperti jerung dan paus. |
relay | geganti | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Suis elektromagnet atau peranti pengawal yang menggunakan arus elektrik kecil untuk membuka dan menutup suis litar elektrik lain yang menggunakan arus elektrik yang lebih tinggi. |
paper chromatography | kromatografi kertas | Herba | Pemiawaian | Kaedah kromatografi yang menggunakan kepingan kertas khas (selulosa) yang mempunyai sifat jerapan yang tinggi. Sampel diaplikasikan pada permukaan kepingan kertas sebagai bintik kecil atau jalur di bahagian atas. Proses pemisahan sebatian dilakukan dengan membenarkan cecair fasa gerak meresap turun melalui tindakan kapilari. Sebatian tulen akan dapat dikesan sebagai bintik masing-masing pada kedudukan tertentu menggunakan reagen kimia yang sesuai. Kedudukan sebatian ini dirujuk sebagai faktor retensi (nilai Rf). Kaedah ini digunakan untuk tujuan analisis dan pengasingan secara sediaan. Contohnya, ekstrak metanol tongkat ali (Eurycoma longifolia) mengandungi sebatian eurikomanon yang dapat dikenal pasti melalui kaedah kromatografi kertas. |
Raman effect | kesan Raman | Kimia | Kimia Analisis | Penyerakan cahaya oleh suatu bahan yang berlaku kepada frekuensi yang lebih tinggi dan lebih rendah daripada frekuensi asal tetapi dengan keamatan yang jauh lebih kecil iaitu sekitar 0.01% daripada keamatan cahaya asal. Perbezaan frekuensi cahaya terserak ini dengan frekuensi cahaya asal adalah sama dengan frekuensi getaran sebenar bahan itu. bd. penyerakan Rayleigh. |