Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ting.kat.ting.kat] | تيڠکت٢

Definisi : Mn pemijak kaki; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tingkat (kata nama)
Bersinonim dengan paras, lantai;,
Kata Terbitan : tingkat-tingkat, bertingkat-tingkat, meningkat, meningkatkan, tingkatan, peningkatan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dumb-waiterpelayan palsuKesenianHiasan DalamanKotak bertingkat yang boleh diturunnaikkan seperti lif untuk membawa makanan dari satu tingkat ke tingkat yang lain. Pelayan palsu biasanya digunakan di bahagian dapur ruang hospitaliti, seperti hotel atau restoran.
foreshorepesisir depanSains MarinTiadaKawasan sebahagian daripada pantai di antara tingkat air tinggi dengan tingkat air rendah pada maksimum air pasang surut, atau kawasan yang tiada sebarang tumbuhan atau pembangunan di tanah tersebut. Kawasan tersebut lazimnya tidak terdapat rumpai laut dan sebarang pembangunan.
flightlarian tanggaKesenianHiasan DalamanStruktur binaan berbentuk deretan tangga secara menegak, melengkung atau bulat. Binaan ini membolehkan perhubungan atau laluan turun naik yang mudah di antara satu tingkat dengan tingkat yang lain. Pembinaan tangga mengandungi beberapa anak tangga yang dibina dalam satu larian terus atau mempunyai beberapa larian yang diselangi dengan pelantar.
bassbesMuzikTiadaTingkat suara utama yang paling rendah. Selain bes, terdapat tiga tingkat suara utama yang lain, iaitu soprano, alto dan tenor. 2.Suara lelaki yang paling rendah dalam karya, muzik koir.
macroeconomic policydasar makroekonomiEkonomiTiadaDasar ekonomi yang mempengaruhi agregat ekonomi yang bertujuan antara lain untuk mencapai guna tenaga penuh, menentukan tingkat harga umum yang stabil, mencapai tingkat pertumbuhan ekonomi yang memuaskan dan menstabilkan nilai mata wang negara. Pelaksanaan dasar makroekonomi melibatkan kegiatan pihak berkuasa seperti perbendaharaan atau bank pusat, memilih alat atau pemboleh ubah yang sesuai, dan menentukan tingkat pemboleh ubah yang berpatutan supaya boleh mempengaruhi pemboleh ubah sasaran mencapai tingkat yang bersesuaian dengan matlamat ekonomi yang dikehendaki.
basementtingkat bawah tanahKesenianHiasan Dalaman1. Dasaran paling rendah pada dinding atau dinding sesebuah bangunan, terutamanya apabila dibahagikan kepada bahagian atas yang dibezakan melalui bahan, cara olahan, saiz tingkap yang kecil dan jumlah tingkap yang sedikit. Dasaran boleh merangkumi sebahagian kecil daripada keseluruhan ketinggian struktur atau lebih daripada separuh ketinggian struktur seperti yang terdapat pada istana Renaissance Itali, terutamanya di utara Itali. 2. Tingkat bawah tanah dalam sesebuah bangunan yang biasanya digunakan sebagai tempat meletakkan kereta, pemanas air atau sistem penghawa dingin. Di sesetengah tempat, tingkat bawah tanah digunakan sebagai ruang pasar raya.
co-homeko-kediamanSeni BinaTiadaKonsep dua buah rumah yang berkongsi tanah yang sama, iaitu sebuah rumah di tingkat bawah dan sebuah lagi di tingkat atas. Ko-kediaman ini sama seperti rumah bandar.
mezzaninetingkat taraPenilaian Harta TanahTiadaTiada
basementtingkat bawah tanahPenilaian Harta TanahTiadaTiada
basementtingkat bawah tanahPenilaian Harta TanahTiadaTiada
12345

Kembali ke atas