surface survey | survei permukaan | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Kaedah meninjau permukaan tanah dengan cara berjalan kaki di kawasan yang telah ditentukan keluasannya. Terdapat dua cara asas yang dikenal pasti, iaitu tinjauan tidak sistematik dan tinjauan sistematik. Tinjauan tidak sistematik dilakukan dengan memerhatikan data arkeologi di permukaan tanah dan merekodkannya. Manakala tinjauan sistematik melibatkan sistem grid yang membahagikan kawasan kepada beberapa petak dan ditinjau secara sistematik bagi memudahkan perekodan jumpaan pada permukaan. Hasil tinjauan menjadi asas sama ada sesuatu tapak berpotensi atau tidak untuk dilakukan ekskavasi. |
site survey | tinjauan tapak | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Kaedah untuk meninjau kawasan bagi mendapatkan bukti atau fenomena yang boleh membantu dalam menentukan potensi arkeologi sesuatu kawasan. Terdapat pelbagai jenis tinjauan antaranya, kaedah berjalan kaki terkawal, survei geofizik dan pengesan logam. Tinjauan ini membolehkan arkeologi mengetahui potensi dan fitur tanpa merosakkan tapak yang menjadi panduan untuk penyelidikan lanjutan. |
longitudinal survey | tinjauan jangka panjang | Pendidikan | Tiada | Kajian tinjauan yang melibatkan pengutipan data pada waktu yang berbeza untuk mengkaji perubahan dalam tempoh masa yang panjang. |
geological ground survey | tinjauan bumi geologi | Kejuruteraan | Tiada | Tinjauan sesuatu kawasan dengan menggunakan kaedah geologi. |
reconnaissance map | peta tinjauan | Geologi | Tiada | Peta berdasarkan maklumat yang diperoleh dalam survei tinjauan dan juga berdasarkan data yang diperoleh dari sumber-sumber yang lain. |
survey feedback | maklum balas tinjauan | Pendidikan | Tiada | Maklum balas yang diperolehi melalui tinjauan. |
temperature survey | tinjauan suhu | Kejuruteraan | Petroleum | Operasi untuk mengukur suhu telaga pada berbagai-bagai kedalaman. Tinjauan ini diperlukan untuk menentukan letak atau lokasi masuknya air ke dalam telaga dan dapat mengesan selongsong atau simen yang bocor. |
aerial survey | , tinjauan udara | Kejuruteraan | Tiada | 1. Survei yang menggunakan data fotografik, data elektronik, atau data lainnya yang diperoleh dari stesen awangan. 2. Tinjauan kesan keradioaktifan di udara menggunakan kapal terbang. |
empirical research | penyelidikan empiris | Komunikasi | Tiada | Kaedah mengagihkan peruntukan periklanan dengan menggunakan kaedah tinjauan untuk menentukan tahap perbelanjaan terbaik. Dengan menjalankan siri tinjauan di pelbagai pasaran dan menggunakan tingkat perbelanjaan yang berbeza, sesebuah syarikat itu dapat menentukan tahap perbelanjaan yang paling berkesan. |
survey | tinjauan; survei; kaji/ukur | Fizik | Tiada | Tiada |