Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.po.lo.gi] | تيفولوݢي

Definisi : kajian tentang tipa (model, jenis, golongan, dsb) atau tentang pertalian antara tipa serta sifat atau perwatakan yg terdapat (pd setiap tipa). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tipologi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
literary typologytipologi sasteraKesusasteraanTiadaPola struktur yang sama, yang wujud dalam kelompok cerita tertentu. Sesebuah cerita dapat digolongkan ke dalam satu tipologi berdasarkan satu pola struktur tipa yang sama. Pola tersebut mungkin dibina oleh urutan unit polot yang disebut fungsi. Contohnya seperti yang diketengahkan oleh V. Propp dalam analisis morfologi genre cerita pari-pari, atau dikenal pasti sebagai motifeme oleh Dundes dalam kajiannya tentang struktur cerita suku peribumi Indian di Amerika Utara. Berdasarkan analisis v. Propp, semua cerita yang memperlihatkan struktur morfologi yang sama akan tergolong di bawah tipologi cerita pari-pari.
typologytipologiSains PolitikPolitik PerbandinganMembahagi atau mengelompokkan sesuatu bahan kajian kepada beberapa kelompok. Kaedah ini dibuat untuk menjelaskan sesuatu gambaran tentang sesuatu perkara serta mempermudahkan analisis. Proses ini kerap dibuat untuk memberi gambaran tentang terdapatnya perbezaan antara satu jenis dengan jenis yang lain. Contohnya, penjenisan negara kepada negara maju, negara Komunis dan negara sedang membangun. Sinonim penjenisan.
criminal typologytipologi jenayahKriminologiKeadilan JenayahJenis atau kategori jenayah, termasuklah sifat, ciri, bentuk jenayah dan sebagainya. Contohnya, jenayah kolar putih.
typologypenjenisanSains PolitikPolitik PerbandinganLihat tipologi.
functionfungsiKesusasteraanTiadaAksi yang dilakukan oleh watak tertentu yang signifikan dengan perjalanan plot sesebuah cerita rakyat. Konsep fungsi diperkenalkan oleh V.Propp (1968) dalam kajiannya tentang cerita pari-pari dari Rusia. Dalam analisis plot yang dilakukan terhadap 100 buah cerita pari-pari tersebut. Propp menjumpai sebanyak 31 fungsi yang wujud dalam suatu urutan yang stabil dan tertib. Berdasarkan pola plot tersebut, Propp berjaya menunjukkan bahawa semua cerita pari-pari dapat dikategorikan di bawah atau tipologi. Analisis Propp menunjukkan bahawa fungsi bersifat generatif, sama seperti nahu yang dapat menjana ayat. Konsep fungsi yang memungkinkan wujudnya mahu naratif yang dapat digunakan untuk menjana sesebuah cerita. Konsep penciptaan itu disebut sebagai penciptaan skematik yang menjadi gaya khusus ciptaan teks lisan. Lihat juga tipa, tipologi sastera.

Kembali ke atas