artificial vagina | vagina tiruan | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Alat yang direka khas menyerupai vagina. Vagina tiruan banyak digunakan dalam pengumpulan semen haiwan jantan. Penggunaan vagina tiruan ini membantu untuk mendapatkan semen yang berkualiti berbanding dengan kaedah lain seperti elektroejakulasi. |
artificial vagina temperature | suhu vagina tiruan | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Ukuran suhu yang sesuai untuk penyediaan vagina tiruan bagi tujuan pengumpulan semen pada haiwan seperti lembu, kambing dan kuda. Suhu vagina tiruan yang sesuai adalah di antara 42ºC - 45ºC. |
artificial selection | pemilihan tiruan | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Proses pembiakan haiwan untuk menghasilkan anak yang mempunyai ciri fenotip terpilih. Pemilihan tiruan adalah dengan memilih jantan dan betina yang tertentu. Terdapat dua pendekatan pemilihan tiruan. Pertama, pembiak baka boleh membuat pemilihan satu ciri fenotip dengan tumpuan terhadap ciri tersebut sahaja. Kedua, pemilihan semula jadi pada persekitaran terkawal. |
artificial stone | batu tiruan | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
alternative / artificial sweeteners | pemanis alternatif/tiruan | Sains Kesihatan | Tiada | Agen pemanis selain daripada gula pasir atau sukrosa. |
bamboo furniture imitation | perabot buluh tiruan | Kesenian | Hiasan Dalaman | Perabot yang diperbuat daripada kayu bic dan dihasilkan menyerupai buluh. Perabot ini diperkenalkan pada abad ke-18 di England dan terkenal di Amerika pada abad ke-19. |
original | asli | Kesusasteraan | Tiada | Bukan tiruan atau saduran. |
synthetic oil | minyak sintesis | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Minyak tiruan yang dibuat daripada bahan bukan minyak mentah asli yang berasaskan petroleum. |
polyester | poliester | Kesenian | Hiasan Dalaman | Serat yang dihasilkan daripada polimer tiruan berbentuk termoplastik, yang digunakan pada sebahagian serat karpet. Karpet dalam bentuk poliester ialah serat, dan yan pintal. Poliester untuk karpet dihasilkan daripada asid tereftalik dan etilena glikol. Poliester ini memiliki kilauan cahaya serta warna yang menarik, tahan geseran, mempunyai daya pemulihan tinggi dan kebingkasan tekstur. Poliester mudah diselenggarakan dan dibersihkan. |
yttrium iron garnet (YIG) | ytrium besi garnet (YIG) | Fizik | Keadaan Pepejal | Bahan ferimagnet tiruan yang wujud dalam bentuk struktur hablur garnet. Bahan ini digunakan dalam peranti mikrogelombang kerana mempunyai garis serapan resonans magnet yang sempit. Formula kimianya ialah Fe5Y3O12. |