Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.su] | تيسو

Definisi : 1. sekumpulan sel pd haiwan atau tumbuhan yg mempunyai bentuk dan struktur yg serupa yg sama-sama melakukan sesuatu fungsi tertentu; ~ badan; ~ otot; ~ saraf; 2. = kertas ~ kertas yg nipis, lembut, dan sangat mudah menyerap, yg biasanya digunakan sbg sapu tangan dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.su] | تيسو

Definisi : 1 ist bahagian haiwan atau bahagian tumbuh-tumbuhan yg terdiri drpd sel-sel yg sejenis dan mempunyai tugas yg sama: ~ saraf; ~ parenkima. 2 = kertas ~ kertas yg tipis dan lembut yg digunakan utk mengelap tangan, muka dsb. ~ lemak tisu yg berisi lemak. ~ pembuluh (vaskular) tisu tumbuh-tumbuhan yg terdiri drpd zilem dan floem yg mengalirkan air, garam mineral dsb dlm tumbuh-tumbuhan. ~ perantara tisu dlm tubuh manusia atau haiwan yg terdiri drpd gentian elastik dsb (utk menyokong atau utk menghubungkan tisu-tisu dgn organ). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tisu


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
motor unitunit motorSains SukanBiomekanikGabungan antara neuron motor dengan tisu-tisu otot yang berhubungan.
surgical emphysemaemfisema pembedahanKejururawatanTiadaKeadaan apabila udara memasuki tisu melalui luka atau insisi pembedahan, biasanya berlaku pada tisu dada dan leher akibat kebocoran dalam paru-paru atau esofagus. Selain itu, bakteria mungkin menghasilkan gas dalam tisu-tisu lembut.
tissue engineeringkejuruteraan tisuFizikNanoteknologiTeknik untuk meningkatkan fungsi biologi tisu, membaiki atau menggantikan sebahagian atau keseluruhan tisu menggunakan pengetahuan sel, kejuruteraan, bahan, biokimia, dan fisiokimia. Contoh tisu ialah tulang, rawan, salur darah, dan pundi. Kejuruteraan tisu dapat menghasilkan organ buatan seperti pankreas buatan dan hati buatan.
adipose tissuetisu adiposKejururawatanTiadaTisu perantara yang terdiri daripada sel-sel yang dipenuhi dengan globul lemak. Tisu ini berfungsi sebagai pelindung organ, penebat haba dan sumber tenaga.
tissue repairpembaikan tisuFizikNanoteknologiProses membaiki sendiri tisu kulit atau organ lain apabila berlaku kecederaan. Pada umumnya proses ini dibahagikan kepada empat tahap, iaitu pendarahan, keradangan, percambahan dan pembentukan semula. Nanoteknologi digunakan untuk membantu membaiki semula tisu secara tabii. Contohnya, bahan sintetik bioserasi dengan lompang bersaiz nano digunakan sebagai acuan untuk membentuk semula tisu dan pada masa yang sama membekalkan bahan kimia untuk membantu proses pembaikan.
adenofibromaadenofibromaKejururawatanTiadaNeoplasma benigna yang terdiri daripada tisu epitelial dan tisu perantara yang mengandungi struktur-struktur kelenjar.
debridementdebridemenKejururawatanTiadaPembersihan rapi tisu yang terinfeksi atau tercemar dengan membuangkan tisu mati dan kotoran sehingga tisu kelihatan segar semula.
atrophyatrofiKejururawatanTiadaKesusutan tisu atau organ yang menjadikan tisu atau organ itu kecil. Keadaan ini boleh disebabkan kekurangan zat makanan, tidak menggunakan tisu atau organ tersebut, atau penuaan.
cancer treatmentrawatan kanserFizikNanoteknologiTeknik rawatan yang menggunakan nanoteknologi yang sedang dibangunkan oleh ahli genetik, ahli biokimia dan lain-lain. Dalam teknik ini, tisu tumor kanser menjadi sasaran. Nanoubat akan memusnahkan tisu ini tanpa melibatkan tisu yang sihat.
corpus luteumkorpus luteumKejururawatanTiadaTisu glandular dalam ovari yang dibentuk pada tapak folikel Graaf yang memecah selepas ovulasi. Tisu ini akan merembeskan hormon progesteron, yang menyediakan uterus untuk implantasi. Jika implantasi gagal, penghasilan progesteron dari tisu ini akan merosot.
12345678910...

Kembali ke atas