Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ki tidak tentu hujung pangkalnya (bkn percakapan seseorang); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : perkara yg menjadi bahan atau yg di­guna­kan utk membuka perbincangan (huraian dll) mengenai sesuatu, sesuatu yg menjadi dorongan atau permulaan bagi se­suatu (usaha, kegiatan, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : perkara yg menjadi bahan atau yg digunakan utk membuka perbincangan (huraian dll) mengenai sesuatu, sesuatu yg menjadi dorongan atau permulaan bagi sesuatu (usaha, kegiatan, dll); bertitik tolak 1. bermula: persoalan itu harus ~ dgn mengenal pasti punca masa­lahnya; 2. berpunca: pihak polis mendapati bahawa kes pembunuhan tersebut ~ drpd motif yg sama. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : perkara atau hal yg di­perkatakan utk memulakan sesuatu perbincangan, perbicaraan dsb. ber­titik tolak berasal atau berpunca (drpd). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
titik (kata nama)
Bersinonim dengan titikan, titis, titisan, percikan, deraian, jujuran, juraian, ketel, ketes;,
Kata Terbitan : bertitik, menitik, menitikkan, penitikan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
prague schoolprague schoolKesusasteraanTiadaOrganisasi intelektual yang ditubuhkan pada tahun 1929 di Prague, Republik Czechoslovakia. Penubuhan organisasi ini bertujuan untuk membentuk paradigma baharu bagi membantu penyelidikan berkaitan subjek kemanusiaan dan sains sosial. Seterusnya, organisasi ini berkembang sebagai suatu gerakan yang penting dalam bidang kesusasteraan, linguistik, teater, folklor, dan estetika pada awal kurun ke-20. Prague School dipengaruhi pelbagai unsur daripada Formalisme Rusia dan idea linguistik Ferdinand de Saussaure. Idea beliau menjadi titik tolak pembentukan teori baharu pada tahun 1929 yang dinamakan strukturalisme. Tokoh yang terkenal dalam gerakan ini ialah Roman Jakobson, Boris Eikenbaum, Trubetskoy, Viktor Shlovsky dan Mukarovsky. Selepas perang Dunia Kedua, kebanyakan ahli Prague School berhijrah ke negara lain sambil meneruskan penyelidikannya. Penyelidikan dimulakan di Prague dengan nama organisasi baharu seperti Linguistic Circle of New York dan organisasi yang serupa di Rusia dan Perancis. Organisasi ini juga dikenali sebagai Prague Linguistic Circle.

Kembali ke atas