Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[to/] | توق

Definisi : tok-tok 1. bunyi spt bunyi pukulan dua keping buluh (Cina penjual mi dll); mi ~ mi yg dijaja dgn membunyikan tok-tok; 2. tong-tong. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tok


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mesostichsajak aksara tengahKesusasteraanPuisiSajak yang terdapat pada huruf tengah tertentu dalam membentuk sebuah kata. Contohnya, puisi "Tua" karya A. Ghafar Ibrahim. Hari depan tidak payah diiklankan pagi: tik tok tik tok meninggalkan bulan. malam: tok tik tok tik meninggalkan mentari
main puterimain puteriKesusasteraanTiadaUpacara pengubatan tradisional yang menggunakan muzik, cerita dan nyanyian makyung. Upacara ini bertujuan untuk menyemah semangat yang mengganggu ketenteraman dan imbangan angin si pesakit, selalunya pesakit jiwa. Main puteri dijalankan sebagai sebuah persembahan, iaitu terdapatnya pemain dan penonton. Peranan utama dipegang oleh tok Minduk, pemain rebab dan Tok Puteri, bomoh dan si pesakit. Alat-alat muzik yang mengiringi upacara ini terdiri daripada sebuah rebab, sepasang gendang dan sepasang gong. Tok Puteri memulakan upacara dengan membaca mantera sajian kepada untuk menyemah semangat si pesakit. Sebelum menilik, dia akan melakukan upacara �menurun�. Ketika itu, Tok Puteri akan dirasuk oleh semangat tertentu dan seterusnya akan berlaku soal jawab antara Tok Minduk dengan Tok Puteri untuk menentukan semangat yang bertanggungjawab terhadap keadaan si pesakit. Pemilikan akan diselang seli dengan gerak tari dan silat oleh Tok Puteri yang dirasuk semangat yang dijemput. Semangat yang dikenali sebagai Hanuman, Jin Selakah tunggal, Bota dan semangat itu tidak bertanggungjawab, semangat tersebut akan dilepaskan. Proses ini berlaku sehingga semangat berkenaan dikenal pasti. Kemudian Tok Minduk akan melakukan proses tawar-menawar dengan semangat ini untuk memintanya meninggalkan tubuh badan si pesakit. Selepas mendapat persetujuan, semangat berkenaan pun keluar dan si pesakit akan pulih. Seterusnya, si pesakit akan bergerak dan menari yang menandakan bahawa dia telah pulih. Proses pengubatan tradisional main puteri masih lagi diamalkan di Kelantan. Antara tokoh main puteri yang tersohor ialah Bakar Daud (Bachok), Tok Minduk awang Omar (Tumpat) dan Pak Mat tok Teri (Gunung).
oraclenujumKesusasteraanTiadaWatak Tok Nujum yang dapat meramalkan masa hadapan dalam karya sastera. Watak ini biasanya ditemui dalam karya drama. Ramalan nujum boleh mencorak nasib watak dan menggerakkan aksi dramatik. Dalam tragedi Yunani, ramalan tersebut dikenali sebagai oracle yang menjadi saluran untuk menyampaikan ramalan kepada dewa. Raja dan watak utama dalam tragedi Greek selalunya meminta nujumnya merujuk kepada Dewa Apollo untuk mengetahui nasib dan ramalan masa hadapan.
heroic poetrypuisi wiraanKesusasteraanPuisiPuisi yang mengungkapkan tentang tokoh sejarah, terutama yang berhubung dengan sifat-sifat kepahlawanan, kegagahan, keberanian dan ketaatsetiaan terhadap pemerintah. Contohnya, puisi "Tok Janggut" karya Rahimidin Zahari.
monodramamonodramaKesusasteraanTiadaDrama yang dilakonkan oleh seorang pelakon sahaja. Drama ini boleh dianggap suatu monolog dramatik. Dalam monodrama, seorang pelakon boleh mengambil semua peranan dalam persembahan, iaitu beraksi, mengucapkan semua dialog dan menyanyi. Monodrama dikenali juga sebagai lakonan solo. Contoh monodrama daripada teater tradisional ialah Dalang Wayang Kulit, Tok Selampit dan Awang Belanga (Batil). Contoh lain ialah Emily of Emerald Hill oleh Stella Kon. Lihat juga monolog dramatik.
religious fictionfiksyen keagamaanKesusasteraanTiadaFiksyen tentang agama, pemimpin atau petugas agama. Contohnya, ulama bagi Islam, paderi bagi Kristian, dan sami bagi agama Buddha. Fiksyen jenis ini terdapat dalam karya Anthony Trollope, atau dalam novel tentang penyelamatan peribadi seperti Siddhartha oleh Herman Hesse. Fiksyen kontemporari kerap kali mempersendakan agama dengan menonjolkan sifat kepura-puraan dan kehalobaan seseorang pemimpin agama. Contohnya novel tok Guru dan novel Ummi dan Abang Syeikhul oleh Shahnon Ahmad. Sesetengah karya fiksyen menangani isu agama secara serius, contohnya novel Khutbah di Atas Bukit oleh Kuntowijoyo.
makyungmakyungKesusasteraanTiadaTeater tradisional yang menggunakan unsur-unsur ritual, tarian, muzik, lagu, lakonan, cerita dan dialog yang bersifat formal dan improvisasi. Makyung dipercayai berasal daripada istana Patani dan dibawa masuk ke Kelantan lebih kurang 200 tahun dahulu. Makyung merupakan sebuah teater yang menggabungkan struktur persembahan dengan gaya yang dilebih-lebihkan. Makyung tidak mempunyai prop atau set realistik tetapi hanya menggunakan beberapa peralatan seperti pemiat (ikatan rotan tujuh batang) dan selendang yang boleh mewakili pelbagai benda fizikal. Tempat dan lokasi digambarkan melalui dialog. Pertukaran tempat pula dilambangkan melalui pergerakan pelakon dalam sebuah bulatan dengan iringan lagu barat anjur. Antara cerita yang dipersembahkan oleh makyung ialah Raja Sakti, bongsu sakti, Dewa Muda, Raja Tangkai Hati dan Puteri Timun Muda. /watak utama dalam makyung ialah Pakyung, Makyung, Puteri Peran Tua, Peran Muda, Tok Wok, Jin Gergasi, Jong Dong Dang dan Orang Kampung. Muzik memainkan peranan penting dalam persembahan makyung. Alat muzik terdiri daripada alat rebah, sepasang gendang dan sepasang gong dengan tambahan alat serunai, canang dan kesi. Persembahannya bermula dengan upacara �buka panggung� yang diakui dengan upacara �menghadap rebab�. Antara tokoh makyung ialah Primadona Khatijah Awang (Pasir Mas) dan sepasang suami isteri, Ali Ibrahim dan Rahimah Zakaria.
legendlegendaKesusasteraanTiadaCerita yang memerikan secara berlebih-lebihan tokoh tertentu yang benar-benar wujud. Tokoh terdiri daripada ulama, wali, pemimpin, pahlawan atau wira yang popular. Legenda merupakan salah satu jenis sastera rakyat yang tersohor, dan sering kali dikaitkan dengan �tanda alam� di tempat berlakunya peristiwa penting yang diceritakan. Unsur luar biasa dan misteri menjadi ciri penting dalam legenda. Cerita legenda berlatarkan masa yang lebih hampir dengan cerita kontemporari, dengan latarnya sering dirujuk. Oleh itu, legenda merupakan satu-satunya genre cerita rakyat yang hidup dan terus dicipta. Legenda hampir sama dengan mitos, disampaikan dengan bahasa yang bersahaja, kadang-kadang bersifat stilistik dan formulaik, walaupun dicipta secara lisan. Namun sifat-sifat lisan tetap ada, contohnya unsur perulangan. Legenda boleh disampaikan oleh sesiapa sahaja dan tidak dihubungkan dengan sesuatu acara khas. Legenda berbentuk longgar, tidak memperlihatkan struktur atau plot yang tipikal dan hampir kesemuanya berbentuk prosa. Legenda ialah cerita yang dianggap benar oleh masyarakat kerana cerita ini sering dikaitkan dengan sistem kepercayaan setempat. Namun, legenda bersifat lebih profan berbanding mitos. Legenda yang popular ialah legenda keramat seperti �Keramat Lebai Kader�, �Kerama Kubur Panjang�, dan �Mahsuri�. Legenda tokoh diperlihatkan melalui cerita �Mat Salleh�, �Tok Janggut�, �Puteri Saadong�, dan legenda pendosa seperti �Si Tanggang� dan �Malim Kundang�.
lipur laralipur laraKesusasteraanTiadaGenre sastera rakyat bercorak cerita yang panjang yang mengisahkan keperihalan hidup warga istana. Pada dasarnya, cerita lipur lara ialah cerita fantasi kewiraan yang memerihalkan kehidupan alam kebangsawanan, terutamanya tentang percintaan putera-puteri raja, pengembaraan dan peperangan yang harus dilalui putera raja yang dianggap sebagai wira dalam cerita, untuk mendapat puteri idamannya atau objek pencariannya yang lain. Perjalanan putera raja sering membawanya ke negeri-negeri yang jauh, termasuk dunia kayangan. Dalam perjalanan, putera raja akan bertempur dengn pelbagai makhluk termasuk gergasi, geruda, jin dan peri. Untuk mencapai hajatnya, putera raja mendapat pelbagai bantuan, termasuk alat magis atau sakit. Cerita sentiasa berakhir dengan kemenangan wira dan kejayaannya memiliki puteri yang diimpikan atau memperoleh objek pencariannya. Tujuan cerita adalah untuk menghiburkan hati yang lara. Justeru, karya ini memberikan keutamaan kepada aspek yang dapat menimbulkan keindahan dan kekaguman. Di samping penampilan motif ajaib dan spektakular, cerita ini juga dipenuhi dengan pelbagai hiasan, iaitu istana, taman bunga, rupa paras, pakaian, deskripsi yang rinci dan lewah tentang adat-istiadat dan adab istana. Cerita lipur lara biasanya disampaikan secara lisan oleh seorang tukang cerita (penglipur lara) profesional yang dikenali dengan pelbagai gelaran, contohnya Awang Batil atau Awang Belanga (di Kedah dan Perlis), dan Tarik Selampit atau tok Selampit (di Kelantan). Persembahan tersebut diiringi alat muzik seperti belanga atau selampit. Lipur lara dikenali juga sebagai roman rakyat atau roman istana. Antara cerita lipur lara ialah Hikayat Inderaputera, Hikayat Malim Deman dan Hikayat Malim Dewa. Lihat juga cerita pari-pari.

Kembali ke atas