[to.le.ran.si] | تولرنسي
Definisi : sifat (sikap) toleran: ada ~ antara berbagai-bagai keturunan penduduk Malaysia; bertoleransi mempunyai atau menunjukkan toleransi: Islam telah menyediakan garis panduan yg jelas utk membina suatu masyarakat yg bersatu padu, ~ dan maju; kerajaan tidak akan ~ lagi jika masih ada pihak yg cuba mewujudkan kawasan setinggan baru. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[to.le.ran.si] | تولرنسي
Definisi : sikap sabar dan bertolak ansur atau berlebih kurang; sikap dpt menerima atau menghormati pendapat, fikiran dan kepercayaan orang lain. bertoleransi menunjukkan toleransi: Masyarakat hidup aman damai, bersatu padu dan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)