Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : berkaitan dgn, bersifat, atau meng­ikut tradisi: dlm kesusasteraan lama gaya bahasa dan teknik bercorak ~; masyarakat ~ masyarakat yg mengamalkan cara hidup yg turun-temurun; ketradisionalan keadaan atau sifat yg tradisional: ~nya itulah yg dipuji dan dipuja oleh orang asing. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bersifat atau bercorak tra­­disi: masyarakat ~ masyarakat yg mengamal­kan cara hidup yg turun-temurun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tradisional


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
balada tradisionalbalada tradisionalKesusasteraanTiadaLihat balada popular
spellsjampi serapahKesusasteraanTiadaUcapan mantera yang biasanya digunakan dalam teater tradisional dan pengubatan tradisional. Kadang-kadang jampi serapah bermaksud kalimat yang dibaca atau diucapkan untuk mendapatkan kesaktian, perlindungan, atau pertolongan terhadap sesuatu. Contohnya, jampi serapah dalam Main Puteri dan Bagih yang popular di Kelantan. Lihat juga mantera, seru puja.
traditional medicineubat tradisionalHerbaPeraturan dan PemasaranLihat produk ubat tradisional.
popular balladbalada popularKesusasteraanTiadaPuisi naratif yang tidak diketahui penulisnya dan disampaikan secara lisan dari satu generasi ke satu generasi. Juga dikenali sebagai sebagai balada rakyat atau balada tradisional. Sinonim balada tradisional
traditional medicine registrationpendaftaran ubat tradisionalHerbaPeraturan dan PemasaranProses untuk mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa bagi memasarkan produk ubat tradisional di bawah peruntukan Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (CDCR).
traditional medicineperubatan tradisionalHerbaPeraturan dan PemasaranGabungan ilmu, kemahiran, dan amalan masyarakat tempatan berdasarkan teori, kepercayaan, dan pengalaman budaya masing-masing. Perubatan tradisional yang diamalkan dalam penjagaan kesihatan termasuklah pencegahan, pengenalpastian, penambahbaikan atau perawatan penyakit fizikal dan mental.
line of versebaris sajakKesusasteraanPuisiBaris-baris yang terdapat pada puisi tradisional atau moden. Dalam puisi tradisional, terutama dalam pantun dan syair, jumlahnya ditetapkan empat baris dalam setiap rangkap. Namun dalam puisi moden jumlah pembentukan baris dalam setiap rangkap ini tidak ditetapkan. Begitu juga baris-baris yang membentuk keseluruhan sesebuah puisi itu, kecuali bentuk soneta yang ditetapkan sebanyak 14 baris.
serambiserambiKesenianHiasan DalamanRuang memanjang tertutup, yang biasanya dihiasi dengan tingkap di bahagian hadapan rumah tradisional Melayu. Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah rumah tradisional Melayu yang direka bentuk dengan serambi terbuka. Serambi berfungsi sebagai ruang tetamu lelaki yang dikenali oleh tuan rumah, sama ada yang mempunyai hubungan keluarga atau tiada hubungan keluarga. Serambi juga dijadikan tempat untuk mengadakan majlis formal, mengajar dan membaca al- Quran, serta tempat tidur anak-anak dan tetamu lelaki.
traditional use of herbal medicinespenggunaan tradisional ubat herbaHerbaTiadaPerihal penggunaan ubat herba berdasarkan sejarah penggunaan yang lama. Penggunaan ubat herba ini telah mantap, diperakui selamat dan berkesan serta mungkin diterima oleh pihak berkuasa kebangsaan. Contohnya, penggunaan tradisional tongkat ali dan kacip fatimah.
folklorefoklorKesusasteraanTiadaKhazanah tradisional yang bersifat ujaran dan bukan ujaran yang wujud dalam masyarakat pratulisan. Foklor tersebar daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain secara lisan, teladan, dan pengulangan. Foklor dianggap suatu bentuk maklumat budaya yang dikongsi bersama oleh masyarakat tradisional. Foklor dapat menghuraikan, mencontohkan, dan menanam nilai dan kepercayaan yang dianggap penting dalam masyarakat tersebut. Antara bentuk foklor termasuklah segala rupa adat resam, ritual, kepercayaan, seni kraf, cerita rakyat, puisi dan nyanyian rakyat, teka-teki, dan perumpamaan. Lihat juga cerita rakyat, teka-teki.
12345678910...

Kembali ke atas