desire line | garisan kehendak | Sosiologi | Tiada | Garisan yang dilukis antara pasangan zon trafik yang menunjukkan permintaan trafik antara zon-zon tersebut. Biasanya lebar garisan berpadanan dengan nilai isi padu trafik berkenaan. |
desire line | garisan kehendak | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Garisan yang dilukis antara pasangan zon trafik yang menunjukkan permintaan trafik antara zon-zon tersebut. Biasanya lebar garisan berpadanan dengan nilai isi padu trafik berkenaan. |
external traffic | trafik luaran | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Trafik yang keluar-masuk sesuatu kawasan kajian dan trafik yang melalui kawasan kajian. |
tidal flow | aliran pasang surut | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Fenomena aliran trafik yang berubah mengikut waktu puncak. Contohnya, pada waktu puncak pagi aliran trafik menuju ke bandar adalah tinggi manakala aliran trafik keluar bandar pula adalah rendah dan sebaliknya pada waktu puncak petang. |
semitraffic-actua ted signal | isyarat separa gera trafik | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Isyarat yang berfungsi mengikut aliran isi padu trafik yang rendah, iaitu memberi keutamaan kepada kenderaan di jalan raya yang kurang kenderaan bergerak dahulu. |
P turn | pusingan P | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Pergerakan trafik berbentuk huruf P untuk mengelakkan daripada berlakunya konflik trafik di persimpangan yang sibuk. |
clearance | izin | Aeroangkasa | Tiada | 1. Izin: Kebenaran yang dikeluarkan oleh pegawai trafik udara untuk penerbangan.,1. Izin: Kebenaran yang dikeluarkan oleh pegawai trafik udara untuk penerbangan. |
contra-flow lane | lorong lawan arus | Sosiologi | Tiada | Lorong khas sementara untuk laluan kenderaan yang arahnya berlawanan dengan arus trafik yang biasa, untuk memenuhi keperluan trafik. |
NAT (network address translation) | NAT (terjemahan alamat rangkaian) | Teknologi Maklumat | Tiada | Piawai yang membolehkan rangkaian kawasan setempat (LAN) menggunakan satu alamat IP untuk trafik dalaman dan set alamat lain untuk trafik luaran. |
subnet mask | tapisan subrangkaian | Teknologi Maklumat | Tiada | Mekanisma yang digunakan untuk membahagikan suatu rangkaian kepada beberapa subrangkaian kecil. Tapisan subrangkaian boleh digunakan untuk mengurangkan trafik pada setiap subrangkaian dengan mengehadkan grafik kepada subrangkaian yang dihasratkan. Mekanisma ini akan mengurangkan kesesakan trafik pada subrangkaian lain dan seterusnya mengurangkan kesesakan dalam seluruh rangkaian. Apabila paket data diterima oleh penghala, alamat IP asal akan diterjemah kepada alamat tapisan subrangkaian. Hasil alamat tapisan subrangkaian dibahagi kepada dua bahagian, iaitu alamat subrangkaian dan alamat hos. Alamat IP dan alamat tapisan subrangkaian dibandingkan, dan penghala menentukan cara penghantaran paket data. Jika alamat paket data tidak sama dengan alamat subrangkaian, maka paket data akan dihantar ke subrangkaian lain. |