Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tra.gik] | تراݢيک

Definisi : penuh tragedi, menyedihkan: peristiwa ini mengandungi humor dan ~ sekali gus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tra.gik] | تراݢيک

Definisi : sedih atau menyedihkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tragik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tragic ironyironi tragikKesusasteraanTiadaLihat ironi.
tragic flawkelemahan tragikKesusasteraanTiadaKelemahan utama wira tragedi yang menyebabkan kejatuhannya.
tragic herowira tragikKesusasteraanTiadaWatak protagonis dalam drama tragedi yang baik dan berubah nasib daripada bahagia kepada derita disebabkan kelemahan atau pertimbangan yang salah.
moment of final suspensedetik ketegangan akhirKesusasteraanTiadaMomen sebelum klimaks apabila watak protagonis berhadapan dengan peluang terakhir untuk mengelak daripada pengakhiran yang tragik.
peripeteiaperipeteiaKesusasteraanTiadaPerubahan yang mendadak terhadap situasi kehidupan dan nasib sesebuah watak dalam drama. Peripeteia melibatkan kejatuhan sementara dalam komedi yang akan membawa kepada kejayaan dan kemewahan. Konsep ini pertama kali digunakan oleh Aristotle dalam karyanya berjudul The Poetics semasa beliau membincangkan tentang wira tragik dalam drama tragedi. Peripeteia berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud �perubahan mendadak�. Lihat juga komedi, tragedi.
ironyironiKesusasteraanTiadaKeadaan (wacana) yang melindugi makna untuk menyampaikan maksud yang berlainan. Kadang-kadang maksud yang disampaikan berlawanan dengan apa yang diujarkan. Walau bagimanapun, ironi tidak bertujuan memperdaya, malahan untuk mendapat kesan retorika dan artistik. Ironi menonjolkan ketidaksuaian antara harapan dengan kenyataan, dan antara suasana yang dikemukakan dengan kenyataan yang mendasarinya. Ironi berhubungan dengan sarkasme dan sinisme, iaitu gaya ujaran yang penuh dengan kecurigaan, keraguan, atau sikap meremehkan kejujuran dan moral. Antara jenis ironi adalah seperti yang berikut: Pertama, ironi lisan ialah kenyataan yang mengandungi makna tersirat yang berbeza daripada apa yang dinyatakan oleh pengujar. Contohnya, ayat pertama dalam karya Pride and Prejudice oleh Jane Austen: �It is truth universally acknowledge that a single man in possession of a good fortune must be in want of a wife�. Berdasarkan petikan ayat di atas, ironinya seseorang wanita memerlukan suami yang kaya. Kedua, ironi struktural ialah kenyataan yang menonjolkan ciri-ciri struktural yang berfungsi untuk mengekalkan kependuaan makna. Alat yang biasa untuk jenis ironi ini ialah penciptaan wira yang terlalu lurus atau pengujar yang naif. Kenaifan wira menyebabkan pemahaman tentang persekitaran amat terbatas dan keliru berbanding dengan tanggapan pengarang dan khalayak tentang keadaan yang sebenar. Oleh itu, ironi struktural bergantung pada pengetahuan ironi pengarang yang dikongsi bersama khalayak. Ketiga, ironi dramatik ialah situasi apabila audiens mengetahui lebih banyak tentang situasi sesuatu watak daripada apa yang disedari oleh watak tersebut. Dalam drama tragedi, ironi ini dikenali sebagai ironi tragik. Ironi terdapat dalam semua genre sastera. Lihat juga ironi dramatik, ironi romatik, tragedi.

Kembali ke atas