transducer | transduser | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Peranti elektronik yang menukarkan satu bentuk tenaga kepada bentuk tenaga yang lain untuk pelbagai tujuan termasuk pengukuran atau pemindahan data. Contoh transduser ialah transduser ultrasonik, transduser suhu (contoh termogandingan), transduser piezoelektrik dan transduser tekanan. |
transducer | transduser | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Peranti elektrik yang mengubah satu bentuk tenaga ke bentuk tenaga yang lain. |
transducer | transduser | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Lihat prob. |
transducer | transduser | Kejururawatan | Tiada | Alat yang berupaya menukarkan tekanan fisiologi dalam bentuk gelombang yang dipaparkan dalam monitor seperti gelombang tekanan arteri, tekanan intrakranium, dan tekanan atrium kanan atau kiri. |
phase array transducer | transduser fasa susunan | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Sejenis prob yang mempunyai beberapa elemen hablur tersusun dalam siri 16, 32, 64 atau lebih elemen bagi menghasilkan gelombang ultrasonik secara penyelarasan elektronik. |
Electromagnetic Acoustic Transducer (EMAT) | transduser akustik elektromagnetik (EMAT) | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Prob yang digunakan dalam kaedah ultrasonik tanpa sentuh, iaitu apabila proses penjanaan dan penerimaan isyarat tidak memerlukan prob bersentuh rapat dengan sampel ujian. Kaedah ini berbeza dengan teknik kon gelombang membujur ensional yang tidak memerlukan cecair pengganding. |
receiver circuit | litar penerima | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Sebahagian litar elektronik dalam sistem peralatan ultrasonik pengesan kecacatan. Litar penerima menerima denyut pendek elektrik daripada transduser. Litar ini merupakan unit terakhir dalam sistem penghantaran bunyi, tempat tenaga yang diterima, dirakam atau ditukar ke bentuk yang dikehendaki. |
pulser circuit | litar pendenyut | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Penjana denyut mudah yang digunakan untuk memacu litar-litar terkawal denyut. Litar pendenyut menghasilkan denyut pendek elektrik untuk menjana gelombang denyut pada transduser. Litar pendenyut adalah salah satu litar yang terdapat dalam peralatan ultrasonik pengesan kecacatan. |
probe bandwidth | lebar jalur prob | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Julat frekuensi bagi sesebuah prob yang bergantung pada kaedah pembuatan prob. Syarikat pembuat prob komersial biasanya mengkategorikan prob buatannya sebagai lebar jalur, lebar jalur tinggi dan lebar jalur sederhana. Prob dengan lebar jalur mempunyai kelebaran jalur 50 – 100%, lebar jalur tinggi ialah 60 – 120% dan lebar jalur sederhana 30 – 50%. Lebar jalur mempengaruhi resolusi prob. Contohnya, dua kecacatan yang berdekatan dapat dibezakan apabila prob mempunyai resolusi yang tinggi. Rajah menunjukkan graf amplitud melawan frekuensi bagi sesuatu prob. Prob dengan ciri frekuensi lebar akan meningkatkan tahap resolusi. Ciri ini bergantung kepada ciri bahan peredam pada belakang transduser. |