Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tran.sis.tor] | ترنسيستور

Definisi : 1. (Fiz) peranti elektronik yg digunakan sbg penguat arus, spt yg terdapat dlm radio dan televisyen; 2. = radio ~ sj radio yg menggunakan atau mempunyai transistor dan mudah dibawa ke mana-mana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tran.sis.tor] | ترنسيستور

Definisi : 1 alat elektronik yg dpt menggantikan injap dlm sesuatu litar dan digunakan dlm radio, alat bantu pendengaran dll. 2 = radio ~ radio yg dilengkapi transistor 1. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata transistor


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
nanotube field effect transistortransistor kesan medan nanotiubFizikNanoteknologiTransistor kesan medan yang menggunakan saluran pengkonduksi daripada bahan nanotiub. Transistor dibentuk dengan meletakkan nanotiub di dalam lurah lapisan silikon terdop tinggi antara sumber dan saliran. Sifat pengkonduksian yang tinggi bagi nanotiub karbon (CNT) membenarkan kawalan arus yang tinggi dan pelesapan kuasa yang rendah, sementara pengurungan cas yang tinggi mengurangkan kesan memusnah yang dikaitkan dengan pengecilan saiz transistor.
single electron transistor (SET)transistor elektron tunggal (SET)FizikNanoteknologiKeadaan transistor yang dimensinya dalam julat nanometer menyebabkan transistor ini peka terhadap pengangkutan elektron tunggal. Transistor ini terdiri daripada dua elektrod sumber dan salir yang terpisah oleh satu pulau yang bertindak sebagai terowong. Pulau ini biasanya diperbuat daripada bintik kuantum atau nanotiub karbon. Aras tenaga elektron dalam pulau dapat ditala menggunakan elektrod ketiga, iaitu lawang. Sekiranya lawang dibekalkan dengan voltan positif, aras tenaga bintik kuantum akan turun. Hanya satu elektron tunggal daripada sumber dapat menerowong ke dalam pulau tersebut untuk mengisi aras tenaganya yang kosong dan seterusnya elektron akan menerowong ke bahagian salir.
transistortransistorKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPeranti yang dibuat daripada bahan separuh pengalir yang digunakan sebagai amplifier atau pemicu.
field effect transistor (FET)transistor kesan medan (FET)FizikNanoteknologiTransistor yang bergantung pada medan elektrik untuk mengawal kekonduksian arus dalam peranti semikonduktor. Dalam peranti ini, punca disambung pada tapak dan voltan dikenakan antara get dengan sumber yang akan memodulatkan arus antara sumber dengan saliran. Kawalan arus terdiri daripada dua mod, iaitu mod penguat dan mod penyusutan. Bagi mod penguat, voltan dikenakan kepada get bagi menambahkan aliran arus daripada sumber ke saliran dan dikenali sebagai OFF. Manakala mod penyusutan pula dikenali sebagai ON dengan voltan dikenakan untuk mengurangkan aliran arus daripada sumber ke saliran. FET digunakan sebagai suis elektronik seperti dalam pemprosesan komputer.
chipcipFizikNanoteknologiKepingan semikonduktor yang mengandungi padatan jutaan transistor saling terhubung antara satu sama dengan lain. Bilangan padatan transistor dalam suatu cip bertambah dari semasa ke semasa sesuai dengan perkembangan teknologi. Pada tahun 2015, terdapat 7.1 bilion transistor dipadatkan dalam cip berkeluasan 678 mm2, dengan saiz satu transistor adalah 22 nm. Cip digunakan dalam komputer sebagai pemproses dan storan data.
gatepintuKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaSuis elektrik dalam transistor yang akan terbuka atau tertutup apabila menerima isyarat yang betul.
Moore�s lawhukum MooreFizikNanoteknologiSatu hukum yang menyatakan bilangan transistor yang dimuatkan pada cip ingatan bertambah dua kali ganda setiap satu setengah tahun. Hal ini disebabkan kemajuan dalam faktor reka bentuk seperti keberkesanan penyambungan dalaman dan pengecilan saiz komponen.
complementary metal oxide semiconductor (CMOS)semikonduktor logam oksida pelengkap (CMOS)FizikNanoteknologiPeranti transistor kesan medan dalam litar bersepadu yang terdiri daripada gabungan semikonduktor jenis-n dan jenis-p serta logam sebagai get. Teknologi CMOS digunakan dalam mikropemproses, mikropengawal dan litar logik berdigit yang lain.
internal noisehingar dalamanSains KesihatanTiadaKebisingan yang dihasilkan oleh komponen elektrik seperti amplifier, transistor dan mikrofon dalam suatu alat seperti alat bantu pendengaran.
germaniumgermaniumKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaHablur logam yang digunakan sebagai bahan separuh pengalir dalam diod dan transistor.
123

Kembali ke atas