coupled transcription-translation | transkripsi-terjemahan berganding | Biologi | Genetik | Proses yang berlaku pada organisma prokariot apabila transkripsi dan terjemahan berlaku serentak tanpa menunggu transkripsi selesai. |
transcription | transkripsi | Muzik | Tiada | 1.Gubahan karya muzik berasaskan adaptasi daripada skor asal. Transkripsi ini digubah untuk sebarang alat muzik lain, selain alat atau ensembel asal. Contohnya, karya piano Mussorgsky, iaitu Pictures at an Exhibition yang ditran-skripsikan untuk orkestra oleh Ravel dan Lieder Schubert yang ditranskripsikan untuk piano solo oleh Liszt. 2.Catatan muzik berdasarkan rakaman atau persembahan secara langsung untuk penghasilan skor muzik karya yang dirakamkan atau dipersembahkan. Transkripsi juga ialah catatan dan terjemahan muzik daripada satu sistem notasi kepada sistem notasi yang lain. |
divergent transcription | transkripsi tercapah | Biologi | Genetik | Transkripsi yang berlaku dalam dua arah daripada satu kawasan pusat yang mengandungi dua promoter yang bertentangan arah. |
transcription factor | faktor transkripsi | Biologi | Genetik | Protein yang terlibat dalam proses transkripsi. |
computer-aided transcription (CAT) | transkripsi terbantu komputer | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Komputer yang membuat transkripsi bunyi yang telah dirakam di dalam pita magnet. |
transcribing machine | mesin transkripsi | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Mesin untuk memainkan semula secara elektronik rencana yang telah dirakam untuk transkripsi. |
transcription equipment | kelengkapan transkripsi | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Alat yang digunakan oleh pentranskripsi untuk memindahkan rencana dalam bentuk aksara seperti mesin transkripsi, fon telinga, fon kepala dan pedal kaki. |
complementary RNA | RNA pelengkap | Biologi | Genetik | Transkripsi sintetik daripada DNA klon yang dihasilkan melalui sistem transkripsi in vitro. cRNA. |
transcription | transkripsi | Bioteknologi | Tiada | Pemindahan maklumat dari jujukan nukleotida DNA ke dalam jujukan RNA berkomplemen. Pemindahan ini berlaku dalam nukleus melalui pemadanan pasangan bes. Transkripsi menghasilkan salinan yang tepat bagi jujukan DNA. Tindak balas ini dimangkinkan oleh polimerase DNA bersandarkan RNA. |
sigma factor | faktor sigma | Bioteknologi | Tiada | Satu daripada lima subunit polimerase RNA prokariot. Kewujudan faktor sigma membolehkan holoenzim mengenal bebenang templat yang betul pada tapak promoter. Apabila sintesis RNA bermula, faktor sigma akan terpisah dariapada enzim pusat yang meneruskan transkripsi sehingga tapak akhir transkripsi pada DNA. Faktor rho pula beertindak untuk memberhentikan transkripsi. |