[tré.ler] | تريلر
Definisi : (tréler) 1. sj lori panjang yg badannya boleh diceraikan, dan digunakan utk mengangkut barang: barang-barang itu diangkut oleh dua buah ~; 2. bahagian belakang lori yg boleh diceraikan drpd kepala lori: ~ itu kemudiannya ditarik oleh kepala lori ke tempat baru. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[tré.ler] | تريلر
Definisi : (tréler) sedutan pendek babak tertentu drpd sesebuah filem yg ditayangkan di pawagam atau televisyen sbg usaha utk mempromosikan atau mengiklankannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[tré.ler] | تريلر
Definisi : /tréler/ sj lori panjang yg badannya boleh diceraikan, dan digunakan utk mengangkut barang: Barang-barang itu sudah diangkut oleh ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)