Kaedah membiarkan pangkal pokok tidak dipotong semasa penuaian supaya ladun yang tumbuh akan menggantikan pokok induk yang dituai. Contohnya, dalam tanaman tebu, batang tebu dipotong ke aras 10 cm dan seterusnya ladun yang tumbuh akan menjadi hasil tuaian pada musim yang seterusnya. Ini dilakukan sehingga mendapat tiga kali tuaian daripada satu penanaman. Hasil akan menurun pada setiap kali ladun dituai dan selepas tiga pusingan tuaian, tebu perlu ditanam semula. Kebaikan kaedah ini ialah pengurangan kos penyediaan kawasan, dan memanjangkan hayat ekonomi tanaman.
Kaedah menyimpan bahan tuaian seperti bijirin, kacang, buah-buahan dan sayur-sayuran dengan menggunakan bilik atau kebuk yang dikawal persekitarannya dari segi suhu, kelembapan dan komposisi gas udaranya. Komposisi gas termasuklah kepekatan oksigen, nitrogen dan karbon dioksida. Bagi bijirin dan kacang, tujuan kawalan ialah untuk mengelakkan serangan serangga dan keadaan atmosfera yang diberikan ialah suhu dan kelembapan rendah di samping karbon dioksida yang tinggi. Keadaan ini akan menghindarkan kehidupan serangga dan kulat. Untuk buah-buahan dan sayur-sayuran, kawalan ini bertujuan untuk merendahkan kadar metabolisme bahan yang disimpan supaya dapat mengekalkan keadaan segar dalam tempoh yang lama. Suhu biasanya direndahkan, gas oksigen dikurangkan manakala gas karbon dioksida ditingkatkan. Kelembapan udara ditingkatkan untuk mengurangkan kehilangan air dari buah atau sayur yang disimpan. Kadar respirasi buah atau sayur akan menurun, sekali gus menyekat proses penuaan dan kerosakan.
Thanks for clicking. That felt good.