Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.ber] | توبر

Definisi : (Bio) batang bawah tanah atau akar cabang yg membengkak kerana berisi makan­an simpanan, mis ubi kentang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.ber] | توبر

Definisi : ist batang dlm tanah yg berisi dan mengeluarkan tunas (spt yg ter­dapat pd kentang, keladi dsb). akar ~ akar spt akar dahlia yg berisi (tempat menyimpan makanan) yg menyerupai tuber. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tuber


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tuberubiHerbaTiadaOrgan batang atau akar yang membengkak dan tumbuh di dalam tanah. Ubi berfungsi sebagai penyimpanan makanan, bertahan selama satu tahun dan bertindak sebagai agen pembiakan tampang (vegetatif). Ubi akar (umbi) seperti ubi jaga membesar daripada akar adventitius manakala ubi batang seperti ubi kentang mempunyai putik atau mata. Ubi utuh dalam bentuk kering digunakan sebagai bahan mentah herba selepas diracik, dikisar atau diserbukkan.
Echinodorus sp.Echinodorus sp.PerikananAkuakulturTumbuh-tumbuhan dalam kategori tumbuhan timbul yang berasal dari Amerika Selatan. Echinodorus sp. kebiasaannya tumbuh di kawasan paya. Tangkai daun dan bunga Echinodorus sp. tumbuh dari bahagian tuber atau akar. Daunnya pula bersaiz lebar dan berbentuk bulat atau bujur. Setiap tangkai bunganya mempunyai kelompok-kelompok bunga berwarna putih. Echinodorus sp. juga dikenali sebagai orkid air yang sering digunakan untuk menghias akuarium. Antara jenis Ecinodorus sp. ialah Echinodorus angustifolius, Echinodorus amazonicus, Echinodorus argentinensis, Echinodorus berteroi dan Echinodorus bleheri.
Cryptocoryne sp.Cryptocoryne sp.PerikananAkuakulturTumbuh-tumbuhan dalam kategori tumbuhan timbul. Cryptocoryne sp. ini terdapat di Malaysia dan tumbuh di kawasan paya, dalam sungai dan kawasan air terjun. Tumbuh-tumbuhan ini mempunyai tuber yang juga merupakan tempat tumbuhnya daun. Salah satu keistimewaan tumbuhan ini ialah bunganya berbentuk seperti trompet. Cryptocoryne sp. ini juga merupakan antara tumbuhan yang sering digunakan untuk menghias akuarium. Antara contoh Cryptocoryne sp. ialah Cryptocoryne affinis, Cryptocoryne albida, Cryptocoryne becketii, Cryptocoryne ciliata dan Cryptocoryne cordata.

Kembali ke atas