tubuh | tubuh | Sukan | Tiada | Bahagian tengah gasing yang berbentuk leper, bulat atau bujur yang mengimbang keligatan dan kekukuhan gasing. |
tubuh kain | tubuh kain | Kesenian | Tiada | 1. Bahagian terbesar kain tenun, terutama kain songket, yang mengandungi corak utama. |
body resistance | daya tahan tubuh (PEM.MAN), resistans tubuh | Perubatan | Tiada | Tiada |
dehydration | penyahhidratan | Makanan dan Pemakanan | Pemakanan | Keadaan kekurangan cecair yang berlebihan akibat kekurangan pengambilan air atau kehilangan air yang berlebihan daripada tubuh semasa tubuh berpeluh, muntah atau cirit-birit. Antara gejala penyahhidratan termasuklah dahaga, kulit dan membran mukus kering, denyutan jantung yang cepat, dan tekanan darah rendah. Banding penghidratan. |
exhibitionism | ekshibisionisme | Perubatan | Tiada | Pendedahan tubuh atau sebahagian tubuh, termasuk genitalia, dengan tujuan untuk merangsangkan perasaan ghairah pada seseorang atau pada diri orang berkenaan. |
phthisis | ftisis | Perubatan | Tiada | 1. Kekurusan tubuh atau bahagian tubuh. 2. Tuberkulosis, terutamanya tuberkulosis peparu. |
exhibitionist | ekshibisionis | Perubatan | Tiada | Individu yang suka mendedahkan tubuh atau sebahagian tubuh, termasuk genitalia, untuk merangsangkan perasaan ghairah pada dirinya atau orang lain. |
dorsal | dorsal | Perubatan | Tiada | Berkaitan dengan bahagian dorsum atau belakang tubuh atau sesuatu struktur tubuh. Bdg. ventral. |
body surface area | luas permukaan tubuh | Makanan dan Pemakanan | Pemakanan | Keluasan keseluruhan permukaan tubuh yang dikaitkan dengan kehilangan haba daripada tubuh. |
body language | bahasa tubuh | Kesenian | Drama dan Teater | Pergerakan fizikal atau postur tubuh yang menyampaikan makna, sikap, perasaan dan fikiran watak. Dalam teater, bahasa tubuh merupakan salah satu bentuk bahasa teater. Contohnya, mengangkat bahu untuk menyampaikan makna “tidak tahu”. |