Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.ga.san] | توݢسن

Definisi : kerja tertentu terutamanya yg perlu dilaksanakan (disiapkan) oleh pelajar, tugas ilmiah dsb: dlm ~ ini mereka dilatih mela­porkan pemerhatian dan pengalaman sendiri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.ga.san] | توݢسن

Definisi : sesuatu kerja, terutamanya yg diberikan kpd pelajar utk disiapkan: Mereka hendaklah menyerahkan ~ itu pd minggu hadapan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tugas (kata nama)
Bersinonim dengan kerja, kewajipan, tanggungjawab, fungsi, peranan, khidmat, urusan, tanggungan, beban, usaha, ikhtiar, gawai, arahan, perintah;,
Kata Terbitan : bertugas, menugaskan, tugasan, penugasan, petugas,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
computer-marked assignmentstugasan bertandakan komputerTeknologi Maklumate-PembelajaranSatu cara penaksiran tugasan dengan menggunakan komputer bagi mempercepat proses maklum balas kepada pelajar. Antara cara yang terkenal ialah sistem pengecaman tanda optik (OMR), perisian penskoran tugasan berbentuk pelbagai objektif dan autoskor esei. Lihat juga autogred.
cognitive modellingpemodelan kognitifPendidikanTiadaProses yang melibatkan tindakan dan bahasa dalam menyempurnakan sesuatu tugasan serta menjelaskan proses mental yang menunjukkan tugasan tersebut dipelajari. Contohnya, seseorang perlu membuat pemerhatian, pemahaman dan mengingati sesuatu.
e-portfolioe-portfolioTeknologi Maklumate-PembelajaranKoleksi tugasan, bukti kerja, rekod aktiviti dan maklumat lain yang berkaitan dengan aktiviti pembelajaran seseorang pelajar dalam bentuk digital. E-portfolio digunakan untuk tujuan penilaian prestasi dan penguasaan pembelajaran serta bukti pengalaman pembelajaran pelajar.
lapbookbuku ribaPendidikanTiadaFolder yang mengandungi koleksi interaktif tugasan pembelajaran yang telah diselesaikan berkaitan dengan subjek tertentu. Buku riba bersaiz besar dan mudah untuk dipangku.
autogradingautogredTeknologi Maklumate-PembelajaranSuatu perisian pentaksiran dan pemarkahan hasil tugasan atau jawapan ujian secara automatik yang grednya diperoleh serta-merta. Sistem autogred banyak digunakan dalam peperiksaan pensijilan seperti Microsoft, Google, Sains Aktuari dan ujian komputer lesen memandu.
digital competencykecekapan digitalPendidikanTiadaKebolehan individu menggunakan teknologi digital untuk melaksanakan sesuatu tugasan dengan berkesan.
honorariumhonorarium-TiadaBayaran yang diberikan secara rasmi kepada penulis setelah menyelesaikan sesuatu kerja atau tugasan.
blended virtual labmakmal maya teradunPendidikanTiadaModel pembelajaran teradun yang menggabungkan elemen visual, video, simulasi, tugasan dan permainan interaktif, serta ruang perbincangan antara pengajar dan pelajar bagi memberikan persekitaran pembelajaran kepada pelajar untuk memahami konsep Sains.
blended virtual labmakmal maya teradunPendidikanTiadaModel pembelajaran teradun yang menggabungkan elemen visual, video, simulasi, tugasan dan permainan interaktif, serta ruang perbincangan antara pengajar dan pelajar bagi memberikan persekitaran pembelajaran kepada pelajar untuk memahami konsep Sains.
cognitive strategystrategi kognitifPendidikanTiadaProses pemikiran terancang yang melibatkan pemilihan dan pengubahsuaian kognitif bagi menyelesaikan sesuatu masalah atau tugasan.
12

Kembali ke atas