Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tuil] | توءيل

Definisi : sesuatu yg digunakan utk mengangkat sedikit (menaikkan barang yg berat-berat dll), penyungkit, tuas; menuil menyungkit (mengungkit) dgn tuil, menuas; penuilan perihal (proses, perbuatan, kerja dsb) menuil sesuatu: ~ bongkah batu besar yg terbenam itu dilakukan secara gotong-royong. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tuil] | توءيل

Definisi : alat yg digunakan utk mengangkat atau utk menaikkan sedikit; peng­ung­kil. menuil mengungkil dgn tuil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tuil
Rujuk :tuas


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
rudder pedalinjak kemudiKejuruteraanTiadaMekanisme yang terdiri daripada tuil-tuil kendalian kaki kebezaan, yang dengannya juruterbang menggerakkan kemudi peluncur atau kapal terbang, atau mengawal anggulan rotor ekor helikopter. Sinonim: bar kemudi.
condition levertuil tentuKejuruteraan Kapal TerbangTiadaTuil kokpot turboprop, pada sesetengah pesawat udara, tuil ini bertindak sebagai pengawal bebaling dalam tujahan minimum penerbangan. Pada pesawat lain, tuil ini berfungsi sebagai penutup bahan api.
anti-reverse levertuil antiundurPerikananTiadaTuil kecil yang terdapat pada kekili gelendong tetap. Tuil bertindak untuk menghalang gelendong daripada bergerak ke belakang. Lihat juga kekili gelendong tetap.
levertuilMekanikGunaanRasuk tegar yang disokong oleh sangga tuas pada satu titik rasuk tersebut, manakala pada dua titik lain ia dikenakan beban serta usaha untuk mengimbangkan beban [Rajah T3]. Tuil terbahagi kepada tiga kategori. Apabila sangga tuas berada di antara beban dengan usaha, ia dinamai tuil tertib pertama; apabila beban berada di antara usaha dengan sangga tuas, ia dinamai tuil tertib kedua; dan apabila usaha berada di antara sangga tuas dan beban, ia dinamai tuil tertib ketiga. SILA RUJUK RAJAH DI M/S 203 RAJAH T3
injector levertuil masukPentadbiran PerniagaanTiadaTuil untuk memasukkan kertas ke dalam mesin taip.
ejector levertuil keluarPentadbiran PerniagaanTiadaTuil untuk mengeluarkan kertas daripada mesin taip.
shift levertuil anjakanKejuruteraan AutomotifTiadaTuil yang terdapat dalam motor pengengkol yang boleh bergerak ke dalam dan ke luar untuk memasukkan pemacu gear pinan supaya menyirat dengan gigi roda tenaga.
paper injectortuil pelepas kertasPentadbiran PerniagaanTiadaTuil yang apabila ditarik ke hadapan akan melonggarkan kedudukan kertas pada platen atau untuk mengeluarkan kertas.
actuating hornstuil penggerakKejuruteraan Kapal TerbangTiadaTuil yang menggunakan kabel untuk menggerakkan muka kawal.
shift levertuil anjakanKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaTuil yang terdapat dalam motor pengengkol yang boleh bergerak ke dalam dan ke luar untuk memasukkan pemacu gear pinan supaya menyirat dengan gigi roda tenaga.
12345678910...

Kembali ke atas